Tuesday, March 6, 2012

AWAS !!! DENGAN CARA PENGGUNAAN TELUR


Hukum asal makan roti canai telor dan murtabak adalah harus. Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). 

Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.


Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telor dalam masakan, hendaklah membasuh telor terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.


Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”

Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)". Pastikan makanan kita bersih dan suci.

Semoga info bermanfaat ini dapat disebarkan pada kawan2 yang membuka restoran atau kedai makan supaya dapat menghindari perkara di atas...

Insya Allah...

Sunday, March 4, 2012

AMAL DAN ELAK BAGI MENJAUHI PENYAKIT GOUT DAN BUAH PINGGANG


Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::
1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15.. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England 
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

Thursday, March 1, 2012

JIKA USTAZ FADHIL MASIH ADA..KEDAH TAK CEMPERA..

Meluat.. cemuih dan jemu... dok dengaq macam-macam pasai PAS Kedah.. Kalau boleh aku pun tak mau post bab ni..Sat lagi depa kata tak wala'... Tapi kalau dah cempera macam ni nak dok diam lagi..  kami bukan nk tau sapa salah sapa betoi..? kami bukan nak amik tau masalah peribadi hgpa.. Kami bukan nak amik tau sapa keras sapa lembut.......yg kami tau... kami nak hgpa diam n tutup mulut di media... ITU SAHAJA...!!!!

kontroversi berkenaan Exco kerajaan Negeri Kedah pada masa ini amat menyedihkan rakyat Kedah... ibarat mak dengan pak bergadoh berkelahi jangan la depan anak2... di manakah letaknya maruah sekalian pimpinan. Harap ke depan ni xjadi dah benda lagu ni... marahkan nyamuk jangan la sampai nak bakaq kelambu. Kalaulah Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor masih ada tentulah beliau orang yang amat sedih dengan keadaan ini... setelah bersusah payah dan berhempas pulas untuk mendapatkan Kedah begini kesudahan nya...

Pokok tu rimbun elok ja... Daun2 hijau.. Tapi sebenaqnya yang dok rimbun elok kat pokok tu dedalu.. Habaq dah kat tuan pokok, buang dedalu tu sebelum pokok tu mampoih, tapi tuan pokok kata timing tak kena la nak buang sebab nak masuk pertandingan pokok cantik... Kalau buang dedalu tu nampak tak elok pulak pokok aku.. Kalah la aku nanti... Nasib hang la tuan pokok wey.... Tobat lahom la hang kalah sbb yg cantik rimbun tu bkn pokok tapi dedalu.. Kalau masuk pertandingan dedalu, hang boleh menang la....

Dalam dunia ni mana ada masalah yang tak boleh selesai.... tapi dok biaq saja bagi jadi lagi panjang buatkan org makin cemuih.... tiap kali ceramah lancarkan derma jihad... pak long, pak lang, pak cik, mak cik, adik kakak yg dok motong buat bendang gagah bagi seringgit dua untuk perjuangan Islam tapi yg memimpin ikut suka dia ja.... tak kira sapa la... belah sana belah sini.... pakat elok2... orang bawah bagi amanah kat pemimpin untuk pimpin org bawah sebab orang atas tu cerdik pandai semuanya.... dengaq sama la pandangan org lain... betoi la hangpa pandai... tapi tak semuanya hangpa betoi.... Jangan sampai org sendiri pon meluat dah la....

Doktor : Kencing maneh pak cik nie terok dah.. kritikal dah nie... kaki nak kena potong baru boleh selamat....

Pak Cik : saya tau dokter tp 3 bulan lagi saya nak masuk pertandingan sepak raga bulat, klu potong kaki saya nie, mcmana saya nak main sepak raga....

Doktor : Owhhhhh... sepak raga lagi penting la dr nyawa Pak Cik???

Pak Cik : Mesti la sepak raga lagi penting... semua org tau Pak Cik nie Hero sepak raga.... 3 bulan ja lagi... Pak Cik tak mati punya kalau tak potong kaki pon....

Doktor : Suka hati hang la Pak Cik.... Nurse... ambik fail Pak Cik nie... blh discharge dah... dia lagi pandai dr aku..... suruh dia balik training sepak raga di rumah dia.....

Pak Cik : Baguih sungguh Dokter nie... dia paham hasrat aku....


Yang dok berkelai ni pasai pa?? Dulu terhegeh2 mintak rakyat undi , bagi peluang, pas tu bila dah menang buat macam ni.


aku sendiri dah undi PAS. kalau nak ikut hati , nak penampaq sekoq2 . Hang pa ingat ni negeri pak hang pa punya ka??


buat kerja elok2. Pakat2 pi bincang selesai masaalah.
Orang undi suruh buat kerja , bukan suruh duduk saja!

Lepaih tu dok berkelai berebut apa pun tak tau..

kalau tak boleh buat kerja , bagi orang lain buat.



kami sayangkan PAS kami sayangkan PIMPINAN dan kami lagi sayangkan PAS dari sayang pimpinan yang nak buat huru hara.. salah guna kuasa.. jadi hangpa pakat elok2 laa no jangan dok kira hangpa punya kepala hangpa punya cengei hangpa punya gedebe....nanti kami lempaq masuk laut kesemua baru ada akai....

 semua ni aku copy dari suara hati orang Kedah...




Thursday, February 23, 2012

TERJEMAHAN PENUH SKRIP DEBAT LIM GUAN ENG

full translated script of LGE's debate

Pendahuluan, Lim Guan Eng:

Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana melangsungkan debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri!

Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk ‘diperalatkan’ oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah!

Tema hari ini ‘Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum’, sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang ‘kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya’, ini adalah sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga!

UMNO selalu melaung-laungkan ‘Ketuanan Melayu’. Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia.

PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan ‘Ketuanan Melayu’, apa yang kita mahu ialah ‘Ketuanan Rakyat’! Anwar bukan sahaja bercakap tentang ‘Ketuanan Rakyat’ di depan orang bukan melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan ‘Ketuanan Melayu’ tetapi menyokong ‘Ketuanan Rakyat’.

Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu – ini adalah sistem Dua Kaum! Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allayarhan Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia?

Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah.

Pihak lawan saya selalu berkata: ‘Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang’. Ini salah sama sekali. Sebenarnya, ‘BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan’ barulah yang resahkan MCA. Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA.

Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik.

Soalan daripada moderator:
Moderator: Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?

Jawapan Daripada LGE:

Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi 'negeri polisi' dan bukan negeri polis. Sekian.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab:
LGE: Tadi itu Exco Perak Mah Hang Soon kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.

Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.

Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih.

Soaljawab sesama lain:
CSL: Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?

LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem 'wang gandakan wang'. Sistem ini menekankan 4 aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. Kedua ialah wang untungkan wang. Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada.

Oleh itu, dalam 4 tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip ‘wang gandakan wang’ ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah!

Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab & Penutup, LGE:

Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.

Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap ‘Tak Nak’ kepada UMNO?

Kenapa harus cakap ‘Tak Nak’ kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya ‘tip of the iceberg’. Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira?

Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja.

Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak “buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN”, rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!

Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.

Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah.

Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur.

Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000!

Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.

Monday, February 20, 2012

KESAN DEBAT LIM GUAN ENG vs CHUA SOI LEK



Debat CSL vs LGE : MCA tunjukkan lagi sikap chauvinisnya

Perdebatan diantara Lim Guan Eng (LGE) dan Chua Soi Lek (CSL)semalam menampakkan sikap serta pandangan MCA dan Presidennya yang ‘flip-flop’. Pandangan Soi Lek jelas menunjukkan lidah bercabang-cabang diantara parti terbesar dalam BN, UMNO dan MCA. Saya tidak tahu mengapa CSL memberanikan diri untuk berdebat dengan topik sistem dua parti atau sistem dua bangsa dengan Setiausaha Agong DAP itu. Dari awal lagi saya telah menelah yang MCA akan gagal untuk meyakinkan orang ramai yang parti itu adalah sebuah parti yang hampir hilang seluruh kerdibilitinya dimata rakyat ramai.

Kita boleh mempelajari beberapa perkara dalam perbahasan ini. Pertamanya ia menunjukkan yang MCA lah yang anti Islam dengan menjadikan perhubungan baik di antara PAS dan DAP sebagai isu besar dalam perdebatan itu. Bagi MCA, PAS itu adalah parti Islam dan kerjasama DAP dengan PAS itu hanya akan menjadikan DAP sebagai keldai politik PAS untuk kepentingan PAS dan Islamnya.

Dengan kenyataan CSL itu maka hilanglah isu DAP anti Melayu dan Islam itu kerana MCA menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bagi MCA ia mahukan DAP menolak PAS kerana PAS adalah parti Islam yang didominasi oleh orang Melayu Islam. MCA tidak selesa melihat kerjasama DAP dengan parti Islam ini dan ia menunjukkan yang anti Melayu dan anti Islam itu adalah MCA. MCA masih tidak menyedari yang isu rasis dan agama ini adalah isu yang tidak lagi laku kepada generasi sekarang ini.

UMNO pula selalu menyatakan tentang isu ini bertentangan dengan pandangan MCA. Oleh kerana permainan politik yang dianggap tidak bijak UMNO sebaliknya menuduh PAS diperguna oleh DAP pula. Ini menunjukkan yang parti-parti komponen dalam BN masih mahukan cara mengekalkan kuasa dengan memecah belahkan kerjasama yang terjalin diantara parti-parti dalam pakatan itu.

CSL menggunakan isu kerajaan Perak yang diketuai oleh seorang pemimpin PAS (Nizar) walaupun DAP telah memenangi 18 kerusi dalam pilihanraya yang lalu, sedangkan PAS dan PKR hanya memenangi 13 kerusi. CSL telah cuba membuktikan tuduhan beliau yang DAP diperguna oleh PAS sehinggakan calon PAS telah menjadi Menteri Besar Perak sedangkan majoriti kemenagan itu adalah dari pihak DAP. CSL lupa yang UMNO mempunyai majoriti kerusi di Pulau Pinang semasa BN mentadbir negeri itu sedangkan Ketua Menterinya di wakili oleh parti Gerakan.

Dalam kes di Perak CSL mesti faham yang jawatan Menteri Besar mesti seorang Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang tubuh negeri itu maka itulah sebabnya Nizar Jamaludin telah dilantik menjadi Menteri Besar negeri itu sehinggalah BN melakukan rampasan kuasa mengikut pintu belakang dua tahun dahulu.

Dalam kes di Perak itu ia dapat membuktikan yang DAP menjunjung perlembagaan negara dan negeri dan sanggup merelakan seorang Melayu menjadi Menteri Besar walau pun parti itu memenangi kerusi yang lebih dari parti-parti lain dalam komponen PR itu. Oleh kerana itu UMNO, BN dan orang Melayu keseluruhannya tidak ada sebab untuk merasa sangsi untuk memberikan sokongan kepada DAP dari sekarang ini.

Sesungguhnya tuduhan MCA dan UMNO terhadap DAP yang bersalah-salahan itu hanya menunjukkan ketakutan MCA terhadap sokongan rakyat berbilang kaum terhadap DAP sekarang ini. Dengan kata-kata CSL semalam ia membuktikan yang MCA sudah terasa ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan rakyat terutamanya kaum Cina kepada parti itu walaupun CSL memainkan isu rasis yang begitu menebal dalam perbahasan itu. BN tidak dapat memberikan pendapat dan pandangan yang sama terhadap DAP; UMNO menuduh DAP rasis dengan mengatakan parti itu memperkudakan PAS dan sebaliknya MCA pula menuduh DAP diperkudakan oleh PAS.

Parti-parti dalam BN begitu gelisah dengan sikap parti-parti dalam PR mampu untuk bertoleransi diantara satu dengan lain didalam gabungannya. Kesemua parti dalam PR adalah parti ‘multiracial’ yang menjadi cara yang terbaik untuk negara dalam zaman sekarang ini. MCA dan UMNO amat resah jika politik rasis ditolak rakyat kerana dengan penolakkan isu-isu rasis ini ia akan menghilangkan ‘confort zone’ BN yang selama ini kekal di atas isu perkauman yang menebal. Lagi berpecah rakyat dengan isu perkauman lagi mudah untuk BN mengekalkan kuasa.

Rakyat sudah mula merasakan nikmat hidup bertoleransi diantara rakyat yang berbilang kaum dan agama. Rakyat tidak mahu lagi diperkotak katikkan oleh politik yang berbau perkauman kerana mereka sedar yang akan menerima kebahgiaan atau celaka didalam hidup adalah mereka sendiri (rakyat) bukannya pemimpin-pemimpin yang sudah kaya raya seperti Qarun di zaman Firaun dahulu.

Jika kita dengar pandangan sempit dan chauvinis MCA ini kita akan kerugian terus terusan. Sikap bermuka-muka MCA sangat jelas kerana suatu masa yang tidak berapa lama dahulu MCA telah mengingatkan PAS yang DAP menentang hukum hudud dan PAS perlu berwaspada terhadap DAP. Tetapi semalam MCA telah menakutkan orang Cina supaya tidak menyokong DAP kerana PAS akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Kedah. Entah mana satu sikap sebenar MCA dan CSL. Sekejap begini sekejap begitu. Mungkin kita patut meminta CSL membuka mulutnya lebar-lebar bagi kita melihat apakah jenis lidah yang ada didalam mulutnya itu dan berapa cabang lidahnya.

Bagi DAP, parti ini sedang mendapat sokongan semua pihak setelah puluhan tahun bersusah payah berjuang dengan tohmahan dan momokan parti-parti yang berkuasa. DAP sangat ditakuti oleh banyak pihak kerana parti itu sedang menjadi parti yang sedang meningkat kepopularitinya di kalangan semua pihak. Adalah amat tidak bermoral bagi mana-mana pihak yang menganggap DAP sebagai chauvinis kerana yang chauvinis sebenarnya ialah BN; UMNO dengan chauvinis Melayunya dan MCA dengan chauvinis cinanya.

Isu rasis tidak lagi mendapat tempat dihati rakyat yang ramai. MCA tidak akan berjaya untuk melabelkan DAP sebagai parti chauvinis kerana DAP sekarang sudah mula mendapat kepercayaan rakyat berbilang kaum. Dengan kemasukan ramai orang-orang Melayu didalamnya, ia amat menggerunkan MCA dan parti-parti dalam komponen BN. MCA tidak boleh disertai oleh orang Melayu kerana parti itu hanya untuk orang Cina. Itulah sebabnya MCA sedang berusaha keras untuk mendapat sokongan orang Cina yang rata-rata memberikan sokongan bukan sahaja kepada DAP, tetapi juga kepada PAS.

Jika rakyat menolak isu rasis untuk hidup aman dan damai dinegara kita ini maka semua parti-parti rasis dalam BN akan mati tegak dan tidak menjadi relevan lagi dalam jangka masa yang singkat ini.

Apa yang perlu dilakukan oleh DAP ialah untuk meneruskan pentadbiran kerajaan bersama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat secara adil dan berjuang habis-habisan untuk mengecilkan atau menghapuskan ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran BN selama ini.

Walaupun ia memakan sedikit masa untuk memberikan bukti tentang ketelusan pantadbiran PR, ia akhirnya akan disedari oleh rakyat jelata, empunya negara yang kita semua cintai ini. Tiada siapa yang bertanggungjawab kepada negara kita selain dari kita rakyat yang ramai ini.
BACA DISINI

Sunday, February 19, 2012

TAK HAIRAN HASSAN ALI PERBURUK PAS


Lagi Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Sertai Pas

bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyerahkan borang permohonan menyertai Pas kepada Tuan Guru Presiden

MELAKA, 19 Feb: Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin(gambar kiri) dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.

Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.

Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara Sahak pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.
Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.

"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.Hrkh

Friday, February 17, 2012

CANTIK GELANG ROSMAH





Rosmahkan pengerusi PERMATA..mmg layaklah pakai permata yg mahalx. Jangan marah kat dia..dia simpan duit dari kecil lagi baru dpt beli semua gelang dan cincin ni!

Padan muka ko orang...Undi lagi BN semasa PRU13 nanti.
Lps ni lagi sakan dia shopping kat Jacob...

Sampai bila ko orang nak sedarx. Bila kena umpan sikit RM50 sudah naik shiekh pangkah BN.. Konon nak tolong Bangsa Melayu yg makan Duit rakyat.

PRU13 adalah masanya nak perbetulkan FLOM.. Biar pula kali ni.. Rosmah jadi Wanita Pertama Pembangkang Malaysia..hehehe.

Siapa yg masih undi BN lagi..memang termasuk dalam golongan bodoh lagi bangang punya species..

Thursday, February 16, 2012

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???


Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

PAPA GOMO DI SAMAN HUSAM PULAK...RAJA FITNAH APAMACAM???


Husam Musa for PAS President
KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.

Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”
Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.  Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.

AWAS!!! BAHAYA AIR REBUSAN MEE SEGERA


 Air Rebusan Mee Segera Wajib Dibuang!

Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.

Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera disinyalir akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.

“Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera,” ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.

Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.

“Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang,” tegas dr Patricia.

Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. “Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain,” tegasnya.

Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.

Sumber: Kaki Online
.

Wednesday, February 15, 2012

SYAHID CITA-CITA KAMI TERTINGGI




Hari ini, banyak negara yg mendakwa negara Islam, yg pimpinannya orang Islam, terdapat ribuan pula umat Islam yg telah murtad. Setengah dari mereka, termasuk di negara kita..

Kemurtadan mereka ini pula melalui proses yg disediakan oleh pemerintah. Mereka boleh murtad dgn mengisi borang tertentu. Tindakan mereka ini pula, dimaklumkan kpd pihak bertanggungjawab terhadap masalah umat Islam, seperti Jabatan atau Majlis Agama Islam. Bererti, murtadnya orang Islam hari ini, direstui oleh orang Islam sendiri.

Jadi, bagaimana keadaan begini boleh berlaku dgn begitu mudah? Ada suara yg ingin tahu, kenapa semua ini boleh berlaku.Tentulah banyak faktor2nya. Antaranya yg paling utama, adalah sikap umat Islam itu sendiri. Seperti mana yg dikatakan sebelum ini. Hari ini,ramai di kalangan umat Islam, sebahagian dari yg menjadi pimpinan umat Islam samada melalui pertubuhan atau pergerakkan, mengambil sikap terlalu waspada. Terlalu berhati2 demi menjaga suasana, menjaga hati dan perasaan manusia yg engkar kpd Allah. Khususnya, negara Islam yg mengandungi berbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.

Atas sikap menjaga hati manusia yg secara tidak langsung mengenepikan hukum dan perintah Allah, maka kesempatan ini digunakan oleh musuh. Musuh mempergiatkan aktiviti mereka memurtadkan generasi Islam, melalui berbagai cara. Samada melalui pendekatan kemiskinan, pergaulan, kerjaya, khidmat sosial dan seumpamanya. Kerana mereka ini sedar, umat Islam tidak lagi sensitif seperti beberapa abad yg lalu.


Kalau dahulu, masalah begini akan diselesaikan secara mata pedang, hari ini sekadar bantahan. Samada bantahan melalui perundangan, mahkamah atau melalui suara di dewan2 atau di jalan2.


Mungkin, gema suara 'ALLAHU AKHBAR' hari ini sekadar ditemani oleh kain2 sepanduk yg tertulis dgn berbagai kalimah mengutuk musuh sahaja. Suara, air liur atau kalimah mengutuk ini, akan dihadapi musuh dgn senyuman. Kalau berdepan dgn mahkamah,mereka juga ada ruang utk ke mahkamah. Sudah banyak kes, terbukti mereka berjaya mempertahankan kemurtadan umat Islam melalui saluran mahkamah. Sewaktu suara umat Islam berkumandang membuat bantahan di hadapan gereja, kuil atau wat musuh, di waktu itu pula bisikan suara musuh telah sampai ke pejabat2, sekolah, hospital, universiti, kilang2 perusahaan, pusat hiburan, pasaraya dan seumpamanya. Bisikan2 syaitan, menusuk ke telinga generasi Islam.

Seorang demi seorang gadis dan teruna Islam di pinang dgn janji2 manis mereka. Ibubapa berulang alik ke masjid beribadat kpd Allah, sedangkan anak pula berulang alik ke gereja dan kuil mengabdikan diri pada syaitan.

Sikap dan prinsip hidup umat Islam yg ada pada hari ini, tidak memungkinkan mereka utk menghadapi musuh2 Allah ini seperti umat Islam terdahulu. Umat Islam yg dipimpin oleh Rasulullah S.A.W dan juga para Khalifah Islamiyah, letakkan keutamaan perintah Allah mengatasi segala2nya.Walaupun seluruh manusia benci, tidak setuju, akan marah dan melenting dgn tindakan mereka, itu adalah persoalan kedua. Keutamaan mereka, perintah Allah dan maruah Islam. Tidak ada langsung pada mereka harapan utk menjaga kepentingan atau hati sesiapa sahaja, jika apa yg dilakukan itu adalah perintah Allah. Mereka akan bertindak semata2 kerana Allah, bukan kerana manusia. Inilah hati yg hidup utk agama Allah. Hati yg bertanggungjawab pada amanah yg diberikan oleh Allah. Kerana itu, hati2 ini tidak akan senang, ia tetap resah dan gelisah menghadapi suasana yg mencabar. Suasana yg meletakkan hukum dan syariat Allah di belakang tabir. Sebab itu, di zaman muktahir ini, hati yg begini sukar lagi utk dicari. Jika ada pun, amat tersorok dan mereka kelihatan seperti tidak bermaya dan tersisih. Mereka seperti kehilangan sesuatu yg berharga. Kerana itu, hati ini sentiasa muram utk berdepan dgn Allah. Mereka sering dihantui dgn peringatan Allah yg bermaksud;

''APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SAJA MENGATAKAN: 'KAMI TELAH BERIMAN', SEDANGKAN MEREKA TIDAK DI UJI LAGI?''-
(AL-ANKABUT-2)

Oleh yg demikian, hati yg hidup ini, sentiasa di persimpangan. Samada terus hidup bersama2 dgn masyarakat yg sentiasa mengagungkan keamanan dan kesejahteraan, atau memilih syahid sebagai perhentian terakhir perjalanan hidupnya. Memilih jalan syahid, bermakna terpaksa melalui jalan2 yg penuh onak dan duri. Kemungkinan akan terpisah dgn kaum keluarga, anak isteri, sahabat handai dan kemewahan duniawi. Memandangkan, hati2 yg hidup dgn cita2 begini hanya segelintir sahaja dari jutaan umat Islam sekarang, sudah pasti seleranya tidak sama dgn selera majoriti. Selera majoriti, adalah selera yg bertindak mengikut kepuasan diri atau nafsunya, walaupun selera itu tidak sesuai dgn selera Islam. Maka yg mengidamkan hidangan para bidadari di syurga Firdaus tentu akan menjadi insan yg terpinggir dan tersisih.

Dunia di akhir zaman ini, diibarat oleh Rasulullah S.A.W sebagai seorang yg telah tua. Salah satu sifat kpd orang tua, lebih2 lagi yg terlalu tua adalah 'NYANYOK'. Maka manusia hari ini sedang berdiri di satu pentas yg nyanyok. Sebab itu, berlakulah situasi yg pelik terhadap umat Islam hari ini. Kalau dulu, Allah memerintah Rasulullah S.A.W dan penduduk Islam Madinah 'memulau' tiga sahabat, yg tidak ikut berperang, hari ini pula berlaku di sebaliknya. Sesiapa yg memilih jalan2 ke arah makam syuhada, tidak ada tempat lagi utk bersuara. Mereka di anggap yg berbagai2. Fitnah dan pandangan sinis ke atas mereka berkembang dan bersambung dari mulut ke mulut. Mereka anggap perosak kpd umat Islam. Akhlak dan cara hidup serta prinsip perjuangan mereka, dipertikaikan. Mereka dianggap sebagai peruntuh kpd pembinaan Islam, terutama pembinaan ala demokrasi berparlimen. Akhirnya mereka ini dipulau oleh masyarakat Islam. Mereka dikatakan 'ekstrim'. Lebih buruk lagi, mereka bukan saja dipulau oleh masyarakat Islam yg jahil atau golongan yg munafik, serta telah tergolong dlm kalangan murtad, malah dipulau oleh rakan2 yg dikatakan seperjuangan.

Maka, berlakulah hari ini, mereka yg berkata Islam itu, memulau insan2 yg saban masa menundukkan dahinya menyembah Allah. Insan2 yg sebahagian malamnya bangun utk mengabdikan diri kpd Allah. Insan2 yg setiap masa dan ketika berfikir utk perjuangan Islam. Insan yg terpaksa mengenepikan kepentingan diri dan kaum keluarga, semata2 utk Islam. Insan2 yg mengalir air matanya ketika berdoa utk kemenangan Islam.

Lalu, sebagai gantinya, amat ramai umat Islam hari ini yg mengenepikan saudara mereka yg menjualkan seluruh hati, darah dan nyawanya kpd Allah itu, dgn mengambil insan2 sebagai teman. Walaupun insan itu terdiri dari golongan munafik, murtad dan sentiasa derhaka kpd Allah dan agama Allah. Walaupun, insan ini secara jelas menjadi penyembah makhluk dan bukannya Allah. Beginilah sikap dan nasib ummah yg berada di pentas dunia yg nyanyok ini. Mungkin, majoriti umat Islam hari ini yg telah di baluti oleh selimut beracun tadi, maka di lihat hari ini,roh mereka seolah2 telah mati bersama jasad yg beku. Sedangkan nyawa mereka masih bernafas. Nadinya masih bergerak. Matanya juga masih berbolak-balik ke kanan dan ke kiri. Ertinya masih hidup.Tapi hidup mereka ibarat patung bernyawa. Tiada apa2 perasaan pada nasib ummah.Tiada perasaan pada maruah Islam dan tidak ada apa2 perasaan terhadap saudara yg telah berjuang ke titisan darah terakhir utk Islam.

Kita seperti melupai perjuangan para syuhada, seolah2 para syuhada tidak wujud lagi di zaman ini. Sedangkan di negara kita, di penghujung abad ke 20, tidak kurang para syuhadanya. Apakah umat Islam telah lupa ttg perjuangan para syuhada muktahir seperti As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya dalam peristiwa berdarah Memali. Atau perlukah dilupai sahaja perjuangan suci As-Syahid Fauzi Ismail yg menjadi wakil pemuda Islam Malaysia ke medan jihad Afghanistan.
Kadang2 kita seolah lupa atau sengaja lupa, bahawa para syuhada ini adalah insan istimewa yg tidak mati di sisi Allah, kecuali pada pandangan manusia sahaja. Bukan sekadar mereka ini tidak mati, malah Allah memberi layanan istimewa kpd mereka yg roh mereka hidup di tembolok burung hijau dalam syurga Firdaus. Sepertimana yg dijanjikan oleh Allah dalam firman-Nya yg bermaksud; 

''SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARI ORANG-ORANG MUKMIN DIRI DAN HARTA MEREKA DGN MEMBERIKAN SYURGA UTK MEREKA. MEREKA BERPERANG UTK JALAN ALLAH,LALU MEREKA MEMBUNUH ATAU TERBUNUH.''-(AT-TAUBAH-111)

Atas keyakinan janji Allah bahawa mereka ini tidak mati, malah sentiasa memohon kpd Allah utk kembali ke dunia ini utk berjihad lagi dan gugur lagi, berjihad lagi dan gugur lagi, seterusnya berjihad dan gugur syahid lagi, tentulah mereka juga tidak lupa utk berdoa utk kita yg hidup. Berdoa kpd perjuangan kita utk menang. Bermakna kemenangan Islam di mana2 juga, saham berupa doa dari para syuhada ini pasti adaALLAHU AKHBAR !!!

Seharusnya, kpd insan yg cahaya hatinya masih malap, yg seluruh tubuh dan jiwa raganya diserapi racun kuffar, yg masih ingin sembunyikan perjuangan utk Islam, yg masih ragu ttg kekuatan dan pertolongan Allah, yg masih meletakkan harapan kpd makhluk selain Allah, yg masih mencintai musuh dari sahabat, yg masih meragui bahawa Islam boleh menang dan berupaya memerintah, yg masih ragui ttg kenikmatan syahid, yg masih bersifat munafik atau yg bercita2 utk murtad, eloklah melakukan perubahan sikap dari sekarang.

Hidupkanlah roh-roh yg telah mati utk berjihad. Jihad dalam erti kata sebenar. Jangan dibiarkan malaikat Izrael terlebih dahulu mendahului cita2 atau program kita. Di saat kita masih ragu2 ttg syahid, akhirnya kita dimatikan Allah. Lebih malang lagi, apabila kita mati, tidak seperti matinya orang2 yg beriman. Sepatutnya kita gembira utk sama2 derapan saf syuhada di akhirat kelak.
Atau telah yakinkah dgn perjuangan hari ini,sudah mencapai syarat utk dipilih sebagai seorang syuhada. Sekiranya belum begitu yakin, maka sematkanlah pada hati kita, bintang kecermerlangan sebagaimana yg diteladani oleh As-Syahid Fauzi Ismail.

Kepada ibubapa pula, redhalah dgn jihad anak2 atau ahli keluarga sebagaimana keredhaan yg diberikan oleh ahli keluarga As-Syahid Fauzi Ismail. Justeru itu, marilah sama2 kita hidup di bumi Allah ini, hidup seperti mana hati mereka yg hidup, bukannya hidup menjadi patung bisu. Sentiasalah mengajak atau mengajar umat Islam di sekeliling kita agar sering mendendangkan lagu dan irama yg membahagiakan. Lagu dan irama 'AKU RINDUKAN SYAHID'.