Friday, June 14, 2013

TENANGNYA BILA MEMBACA AL QURAN

Sungguh lah Al-Quran itu memberi ketenangan kepada sesiapa yang membaca dan mendengar bacaannya.

Sebagai manusia yg kadang-kadang rasa serabut dengan masalah,kepenatan sehingga lewat petang,tiba-tiba malam lepas maghrib kena mengajar ngaji. Syaitan mula memainkan peranan, mula rasa malas dan sebagainya. Tapi bila dah mula masuk kelas dan mengajar serta mendengar anak murid membaca Al-Quran...terus TENANG. Lebih-lebih lagi melihat kesungguhan anak murid yang tak pandai tapi bersungguh nak belajar. Allahu Rabbi..

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (surah Al-A'raf : 204)

*sesiapa berkelapangan & boleh mengajar Al-Quran sila lah mengajar...

No comments: