Sunday, July 28, 2013

NAJIB GAGAL BERBANDING PAK LAH

Najib dikatakan gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. 

Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan dibawah Pak lah dimana MCA menang 15 kerusi.

Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang negeri PM, ada 12 ADUN pembangkang dalam dewan undangan negeri.

No comments: