Monday, September 23, 2013

KUDETA MESIR BERTAMBAH RAKUS - ARAH QARDHAWI DITANGKAP

Arahan Qardhawi ditangkap

Pemerintah Rejim Tentera Mesir melalui Peguam Negaranya telah mengeluarkan surat perintah penangkapan Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi. Syeikh Dr Yusof Al Qardhawi adalah di antara ulama terkemuka ulama, yang telah lahir di Mesir tetapi tinggal serta berkewarganegaraan Qatar. 

Berdasarkan surat arahan tersebut, Syeikh Dr Yusof Al Qardhawi akan terus ditangkap sebaik sahaja b
eliau tiba di Mesir.

Akbar Al Sharq Al Awsat bertarikh 20hb Sept 2013 (semalam) melaporkan bahawa Hisham Barakat, Peguam Agung Mesir telah mengeluarkan perintah penangkapan Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi dengan tuduhan telah melakukan provokasi untuk berjihad melawan rejim tentera Mesir, permintaan campur tangan asing, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan orang awam kepada tentera Mesir yang telah disiarkan oleh stesen TV al-Jazeera milik Qatar.

Foto Dr Yusuf Qardhawi - 18 Februari 2011 di Kaherah.


Suntingan dari Madani Channel

No comments: