Tuesday, May 24, 2011

EEEEeee!!! TAKUTNYA MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA

Selasa, 24 Mei, 2011-Seorang penyokong 'Berjalan untuk Demokrasi' 9 Julai depan, membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencadangkan demonstrasi hanya dihadkan dalam stadium, atas alasan keselamatan awam dalam kepentingan keselamatan dan kesejahteraan awam.

Mohd Sabu
Menteri Dalam Negeri
BERSIH
Sebaliknya, pemimpin popular PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan yang mengganggu protes yang diadakan secara aman, sambil menyangkal dakwaan Hishammuddin bahawa pihak penganjur tidak menghormati undang-undang dan ketenteraman awam.

“Inilah minda kerajaan yang menyamakan perhimpunan dengan huru-hara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hishammuddin dilaporkan dalam beberapa akhbar harian sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada kabinet supaya menyediakan satu mekanisme untuk membenarkan demonstrasi diadakan dalam stadium tanpa memerlukan permit polis.

Utusan Malaysia memetiknya sebagai berkata, demonstrasi jalanan sudah lapuk dan hanya menjadi tempat untuk melemparkan tuduhan yang tidak memberi faedah kepada orang awam.

Hishammuddin juga menuduh penganjur 'Berjalan untuk Demokrasi' hanya mahu mencetuskan huru-hara dan untuk memberi gambaran bahawa Malaysia tidak stabil.

Bagaimanapun , Mohamad Sabu berkata sudah banyak perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan NGO sejak bertahun-tahun lamanya yang berjalan secara aman.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaanlah yang memberi gambaran negatif terhadap peserta perhimpunan tersebut.-Malaysiakini.

No comments: