Thursday, November 25, 2010

PATUTKAH CIKGU JADI BEGINI ??

Fenomena Cikgu Shida / Teacher Shida?

Arena pendidikan tak sunyi daripada pelbagai isu yang mengejutkan dunia, yang membuatkan kita menggeleng kepala, yang membuatkan kita beristighfar tanpa kita sedar. Kes terakhir yang melonjakkan nama sektor pendidikan adalah kes seorang murid yang menumbuk guru disiplin di Sarawak yang mencuri perhatian media termasuklah TV3.

Kini dikejutkan pula dengan Fenomena Cikgu Shida. Penyokong cikgu tersebut melebihi angka 10,000 di laman Facebook. Apa tanda semua tu? Penyokong cikgu shida menyokong pembikinan video miming tersebut dengan memberikan alasan, guru seharusnya menjadi pencetus kreativiti murid. Soal saya, adakah video tersebut membantu proses pengajaran dan pembelajaran beliau? Video tersebut disajikan untuk tontonan siapa?

Artis Pujaan
Ramai yang terhibur, artis bagai. Status views kat Youtube boleh mengalahkan Siti Nurhalizakot kalau diselaraskan masa mula-mula video dimuatnaik. Tak cukup dengan laman Youtube, tersebar pula di Facebook. Kat sinilah muncul pelbagai suara. Sejujurnya, kita tak suka title 'cikgu' itu dicemuh. Kalau Cik Shida dah sememangnya artis atau menjawat jawatan lain selain guru, rasanya situasi yang kita tempuh pada hari ini adalah berbeza.

Kenapa Cikgu Shida kini banyak dihentam?
Seawal kemunculannya dulu Cikgu shida dihentam kerana membawa imej wanita bertudung. Menerusi video terbarunya; Kalau berpacaran Cikgu Shida dah tak bertudung, jadi penghentam Cikgu shida yang menggunakan alasan tersebut mungkin dah bisu.


Cikgu Shida adalah seorang guru
Melalui sudut pandangan saya; saya kira cikgu tersebut dihentam hebat kerana beliau membawa imej seorang guru dan perbuatannya itu dilihat seolah-oleh mencemarkan imej dunia pendidikan. Seorang guru seharusnya menjaga kesopanan dan memberikan teladan yang terbaik buat anak didik, bukan mencabar murid dengan sesuatu yang saya kira tidak bermanfaat (maafkan saya).-http://tentangsesuatu-ahsfantasy24.blogspot.com/

7 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam kak, memalukan btul.mgkin ada masalah kesihatan kot

Anonymous said...

memang benar.. apa yang dibuat guru akan menjadi ikutan pelajar... kalau guru menyanyi maka pelajar juga akan mengikut apa yang dibuat.. kenapa tidak guru itu mengajar mengaji.. kan lebih baik... guru adalah professional. jangan jatuhkan maruah guru...

Unknown said...

hhmm..payah nak ulas isu ni...
cikgu dgn anak murid pun kadang2 2x5 saja perangainya...
cuma cikgu tu lebih tua ..itu saja..

Anonymous said...

sy setuju..
dia tu cekgu..
sepatutnye menjadi contoh n bwk imej yg baik..
lgpun dia tu perempuan..
bg sy, ini memang memalukan..
~ckgu shida, smoga anda sedar..

Anonymous said...

malu sgt dpt guru mcmni...
sikap guru ni mengambarkan otaknya kosong

Anonymous said...

menyampah tgok sikap guru ni!!!

CERITAKUASN said...

tak patut tak patut... kalau dilihat dari sudut kesopanan wanita melayu pun tak patut.. fikir2kan lah.. mmmm dunia akhir zaman