Dajai Mana punya kerja ni??
Ada pihak telah menaikkan banner kononnya Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) membantah kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu memberi lesen kepada rumah urut dan wang judi..
PAS tahu siapa pasang banner tak nak wang judi
PULAU PINANG, 25 Nov: Nampak gayanya, ada pihak tertentu bagaikan cacing kepanasan dan hilang arah apabila menaikkan beberapa kain rentang ‘Kami tak nak wang judi’ berlambangkan PAS dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di beberapa lokasi.
Walhal isu berkenaan telah pun senyap setelah Umno yang membangkitkan itu tersebut kena tumbukan ‘KO’ oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man yang memperjelaskan tohmahan yang sengaja dikait dengan Kelab Lumba Kuda.
Bukan beliau sahaja yang menghuraikan isu berkenaan malahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa semua itu fitnah.
Setiausaha Dun Permatang Pasir, Saiful Lizan Mohd Yusof ketika menghubungi menyifatkan, Umno sendiri telah mati akal setelah penjelasan diberikan dalam persidangan Dun baru-baru ini apabila semua hujah yang dilemparkan menerusi suara Adun pembangkang dan media dipatahkan.
Tetapi, katanya entah kenapa tiba-tiba isu itu hendak dibangkitkan semula dengan kain rentang tersebut.
“Ada pihak terasa pedih dengan tindakan Adun PAS membantu patahkan hujah berbentuk dengki yang sering terpampang di dada akhbar. Nak buat macam mana, ” tegas Saiful yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera.
Beliau sendiri melihat kain rentang berukuran 4 kaki x 6 kaki di Jalan P. Ramlee dan terus memotongnya kerana rasa bertanggungjawab berbuat demikian.
Begitu juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Rosli Hasan apabila terserempak dengan banner tersebut berdekatan simpang Permatang Sireh ketika dalam perjalanan ke Kepala Batas.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein berkata, PAS tidak bertanggungjawab terhadap banner itu dan ia merupakan propaganda untuk menimbulkan keraguan rakyat yang telah mula memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Ia juga membuktikan Umno ‘terhegeh-heget’ kononnya mahu membela nasib orang Melayu sedangkan semasa parti itu berkuasa langsung tidak memikirkan soal kebajikan rakyat.
“Kita tahu ada parti yang geram dengan peranan PAS menyokong tindakan Ketua Menteri untuk meneruskan pemberian wang penghargaan kepada warga emas.
“Namun begitu, PAS telah mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab dan syarikat mana yang mencetakan banner berkenaan,” ujarnya
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
di Banner ini..

3 comments:
Apa yang salahnya pada banner tu....?
Bukankah Islam mengharamkan judi dan pekara-pekara maksiat! Salahkah kita menyatakan asas perjuangan kita. Apa maksud nama PAS rosak kerana banner berkenaan? Janganlah kerana politik kita lebih takutkan DAP daripada Allah.
Tungkaran hati,
Salah banner itu ialah ianya bukan di pasang oleh Pemuda PAS PP..
PAS tidak menghalalkan judi dan PAS tidak takutkan DAP.PAS tetap tegas dalam memberikan penerangan kepada DAP mengenai hukum ALLAH.Begitu juga kami muslimat PAS tetap istiqomah turun padang memberi penerangan kpd Wanita DAP dan PKR apa yang "can" dan apa yang "don't" dalam ISLAM..
Untuk misi dakwah pada non muslim kita kenalah berjuang spt mana Rasullullah lakukan.Kita tampilkan akhlak Islam itu dahulu..Kita kena ingat Islam itu didatangkan dgn akhlak.Rasullullah pada wal -awal Islam dahulu tawaf keliling kaabah walaupun disekeliling kaabah itu dipenuhi berhala dan rasulullah tidak merosakkan walau satu pun berhala itu..Disini kita lihat kebijaksanaan Rasullullah..
salam kak, tajuk lawak.hehe.lain mcm cakap aih..
kes duit judi ni kan dah dibahaskan oleh Dr Asri dan Ust Zaharudin..tungkaran jgn salah faham..
Post a Comment