Kedatangan kami disambut oleh isteri, ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh penduduk Kg. Delek yang ingin tahu perkembangan selanjutnya nasib Jamuledin dan rakan-rakan yang lain. Beberapa wartawan juga turut hadir menyambut kedatangan kami.
Misi pertama menyertai Lifeline4 Gaza, YAM diwakili oleh Jamuleddin bersama rakan-rakan Ngo yang lain dari Malaysia dan bergabung dengan ratusan Ngo Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia. Ia diketuai oleh Ngo IHH dari Turki.
Pada hari pembukaan konvensyen tersebut, Misi kemanusian Lifeline4 Gaza berlepas ke Gaza melalui kapal Mavi Marmara milik Turki. Kapal tersebut membawa 7 ribu tan bekalan makanan dan kesihatan serta 700 aktivis Ngo dari serata dunia. Malaysia termasuk dalam rombongan tersebut dan sdr jamuledin salah seorang daripadanya. Menurut Cikgu Husein, YAM sentiasa mengikuti perkembangan operasi ini dari Instanbul, perkembangan terkini perjalanan misi kemanusiaan sentiasa disampaikan oleh sdr. Jamal melalui pesanan SMS dan telepon selain melalui internet. Al Jazeera, Al Arabiyah dan sumber-sumber media tempatan di Turki.
Perhubungan komunikasi terputus selepas tentera Israel menceroboh dan menawan Mavi Marmara. Kesemua rombongan yang menyertai misi ini ditahan oleh Israel di Haifa. Sehingga sekarang, YAM putus hubungan dengan sdr. Jamuleddin. Walau bagaimanapun YAM sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini melalui rangkaiannya di Isntanbul, Mesir dan Dubai. Berita terkini semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
YAM telah mengambil beberapa langkah ke arah membantu pembebasan rakyat Malaysia khususnya dan seluruh aktivis yang lain melalui saluran diplomatik di Dubai dan Jordan.
YAM juga meminta kerajaan Malaysia mengambil pendiriran dan tindakan tegas melalui saluran antarabangsa agar Israel diberi tekanan supaya kesemua tahanan dibebaskan.
Kesempatan itu juga, YAM telah menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai kepada Isteri Hj Jamuliddin bagi meringankan bebas dan mengharapkan semua umat Islam menunaikan solat hajat agar keselamatan Hj Jamal dan seluruh aktivis Ngo dilindugi Allah. Isteri Hj Jamuledin dan anak-anaknya kelihatan sabar dan tenang menghadapi dugaan ini dan menyerahkan kesemuanya kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment