Thursday, May 27, 2010

ZAHID HAMIDI SUDAH TERCEMAR ?


Macam-macam cerita pasal Zahid sudah keluar. Anti Zahid banyak mendedahkannya.Sanggupkah mantan Menteri Agama melakukan demikian.Baca di sini:
http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=416082549792
Zahid yang tercemar usah dikekalkan Menteri!
Share
Khamis,2010 Mei 27-Laman web Malaysia Instinct yang dipercayai rapat dengan pejabat Perdana Menteri telah mengambil maklum bantahan bloger pro-UMNO agar pemimpin yang terpalit kontroversi. Bloger-bloger yang dikatakan telah menampal poster diatas menyatakan kesusahan mempertahankan kerajaan dengan pemimpin-pemimpin yang terpalit kontroversi.

Blog ini pun turut menyokong usaha bloger-bloger ini. Harapnya tuntutan ini bukan setakat menahan Khairy dari dipilih Menteri saja kerana banyak pemimpin-pemimpin lain yang tidak layak dikekalkan.

Pada blog ini, satu-satu pemimpin yang susah untuk dipertahankan kerana terlibat dalam banyak kontroversi dan peristiwa bodoh adalah Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Panjang namanya tetapi jangan tertipu dengan namanya yang penuh gelaran, muka yang seolah-olah mesra dan mulut yang suka menunjuk-nunjuk potongan istilah Arab yang dia sendiri tidak hayati.

Kontroversi utama Zahid adalah kekasaran yang "berniat bunuh" terhadap Amir Bazli. Perkara ini tidak perlu diulang dan pencacainya tidak usah nak beri komen yang tidak akan disiarkan.

Apa alasan sekali pun, Zahid tidak ada sebab untuk menguatkuasa undang-undang sendiri (take the law in his own hand), walaupun dia seorang Menteri.

Ditambah lagi, Zahid telah membayar gangster yang dipercatai adalah kawan-kawan menantunya yang merupakan anak gangster Klang arwah Zakaria Deros. Mana dia maruah dia sebagai Menteri melakukan perkar sedemikian?

Kalau benar maruah anaknya, yang masa itu isteri orang dan dia tidak ada hak lagi atas anak itu, tercemar, lakukanlah seorang lawan seorang sebagai anak jantan.

Alah, anak kesayangan itu pun bukannya perempuan bermaruah. Begitu banyak sekali hubungan rahsia dia dengan pelbagai jantan hingga dah setaraf dengan "public toilet". Ini masa dia bersuami.

Dalam ramai mengejek-ejek dan mempersendakan sahabat baik Zahid, iaitu Anwar Ibrahim yang suka melengah-lengahkan mahkamah, peguam Zaid lagi ahli dalam menunda mahkamah.

Dia telah menunda mahkamah lagi lama dari pasukan peguam anwar tundakan mahkamah. Sebelum keputusan baru-baru ini, Zahid berupaya menghilangkan file hingga dapat tunda sampai 6 bulan. Peguam Zahid dapat mengalahtunda Karpal Singh yang kini digelar peguam tunda.

Takpalah kerana setelah percubaan demi percubaan untuk buang kes, Zahid kena mengadap Mahakmah Tinggi pada Jun 4-10. Dia tidak boleh lari lagi. Wartawan usah malu untuk datang membuat liputan.

Atas asas ini, Zahid perlu bercuti untuk mengahadap kes ini dan tidak patut menyambung kerjanya sebagai Menteri. Bukanhkah itu yang dituntut terhadap Menteri Besar Selangor dalam kes pasir?

Sebenarnya Zahid ini tidak layak pun untuk dikekalkan sebagai Menteri.

Pertama, pemikirannya adalah pemikiran lapuk dan tidak sensitif pada persekitaran politik negara. Lojikkah dalam kita perlu lebih beretika dalam mengutamakan rakyat, Zahid boleh hentam dan memalukan secara terbuka Menteri Besar Perak yang merupakan Ketua Perhubungan Perak?

Sebabnya pasal dia mintak secara terbuka depan TV dan media semasa perayaan ulangtahun UMNO baru-baru, mahu Zambery menurunkan projek pada Ketua-Ketua Bahagian. Masya Allah, apa punya bodoh Naib Presiden UMNO ini?

Semasa rakyat begitu sensitif terhadap amalan sedemikian, si bahalol Zahid boleh mintak secara terbuka dikhalayak ramai dan depan media. Tak faham-fahamkah kenapa rakyat menolak BN pada PRU2 dan kekalhan demi kekahan di PRK-PRK itu sebab apa?

Sebab kedua, Zahid ini bukan digolongkan mereka yang pandai atau cerdik. Walaupun ada orang tidak belajar tinggi, mereka boleh lakukan tugas. Zahid mungkin ada ijazah dan sedia bayar orang untuk tulis dissertation mass comm yang senang dibuat, tapi tidak bermakna dia pandai.

Kalau dilihat apa yang berlaku dalam kisah enjin F5E menunjukkan dia seorang yang bodoh. Ada ke enjin jet yang dibeli second hand pada awal tahun 1970an boleh berharga US$50 juta? Sudahlah itu, apa kerja Menteri Pertahanan untuk komen pasal submarine tidak tenggelam?

Pada blog ini, dia membantu pembangkang khususnya Anwar Ibrahim menjadikan isu perkara-perkara sebigini. Zahid yang bersekongkol dengan Pak Lah dan Khairy sedang sabotaj Najib!

Ketiga, Zahid bukanlah seoranmg yang ada keyakinan diri. Sedia maklumlah dia bodoh dan tidak ada kepuayaan tertentu. Dia tidak boleh berhadapan atau menerima sebarang kritikan.

Khabar kini bertiup di PWTC akan Zahid menghantar pegawai-pegawainya untuk menghubungi blogger-blogger yang kritikal terhadapnya. Permintaan mereka hanya janganlah gitu. Asas kritikan itu tidak dijawab dan diterangkan.

Ada blogger yang cuba dipujuk dengan wang ringgit dna lawatan-lawatan. Malangnya tidak semua blogger mahu berjumpanya.

Akhir sekali bila blogger tersebut enggan, blog ini dengar sendiri pegawai Zahid mengugut dan Zahid menghantar balaci-balaci dan gangster-gangster untuk ugut.

Keempat, Zahid bukan seorang yang amanah. Difahami bahawa pejabatnya penuh dengan kroni keluar masuk pejabat di Mindef untuk menjadi pembekal alat, spare part dan senjata. Perkara ini diketahui umum.

Sesuai dengan apa yang Zahid sebut di Ulangtahun UMNO ke 64, ini menunjukkan dia mengamalkan politik wang dan menggunakan kontrak kerajaan untuk meluaskan pengaruh politiknya.

Jika Zaid pernah ada cita-cita untuk menentang Tan Sri Muhyuddin Yassin yang membuka jalan untuk Pak Lah keluar dan Najib naik, jangan hairan Zahid akan beregu dengan pemimpin tertentu dimana dia sendiri menentang Najib.

Walaupun selalunya Naib Presiden dipilih Menteri, negarawan Ghaffar Baba pernah memegang jawatan itu lama tanpa perlu menajdi Menteri.

Zahid ini hanya seorang political animal seperti juga Tun Musa Hitam (pernah jadi mentor Zahid) tetapi tidak ada kebolehan tertentu atau keupayaan untuk layak jadi Menteri. Musa Hitam kini terlibat dalam kerugian berbillion-billion Sime Darby. Zahid boleh lebih teruk dari itu.

Tok Jib, gugurkanlah Zahid!
Dicatat oleh Anti-Zahid di 10:00

1 comment:

Unknown said...

Kalau betul-betul nak bersihkan nampaknya banyak orang yg kena digugurkan termasuklah presiden dan Timbalanya sekali dan yg tinggal hanyalah beberapa kerat ahli bawahan saja.