Thursday, May 27, 2010

INI KES NAYA NI !!!

Tanah KTMB Boleh!!: Kenapa tidak serah royalti pada Kelantan.. Hampa Nilai Sendiri...

















KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan
royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu
secepat mungkin.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran
itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan
Kelantan.

Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan
semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan
negara itu.

Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan
negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang
berada di dalam negara ini sendiri.

“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti
petroleum kepada kerajaan negeri.

“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada
Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga
penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak
merugikan,” ujarnya.

No comments: