Friday, May 28, 2010

MINYAK NAK NAIK...NAIK..NAIK MINYAK..

Sekarang kita kena keluarkan balik basikal lama-lama.Yang tergantung kat pokok.Yang tergantung belakang reban ayam.Yang tergantung bawah rumah Tok Wan.Semua keluarkan balik.Hantar ke Kedai Seng Basikal.Repair balik.Sudah heboh semalam minyak nak naik 15 sen.
Kesan daripada kenaikan harga minyak banyak lagi barangan keperluan lain akan automatik melompat naik.Masalah gula sekarang pun belum selesai lagi.Ini timbul lagi satu masalah minyak nak dinaikkan harga.Bagi yang berpendapatan tinggi memang tak ada kesan bagi mereka.Tetapi bagaimana orang luar bandar.Kais pagi makan pagi..kais petang belum tentu sampai kemalam.

Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh PEMANDU, sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.

Bagaiamanapun tiada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan membuat keputusan dalam jangka terdekat ini.

Pengurangan dan pemotongan subsidi itu membabitkan 12 perkara:

Petrol

Harga petrol prices dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada

2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.


Jom la kita pakat-pakat kayuh basikal supaya tak perlu isi minyak..mampukah kita berbuat demikian itu persoalannya..relevan lagi penggunaan basikal di Malaysia?

1 comment:

relevan said...

Salam Anak Muaalaf..

Semua naik..subsidi akan ditarik balik..jika tidak negara boleh muflis..

'' apa kan daya masa tak akan kembali..hancur musnah lah semuaaa nyaaa ''.... tapi kita mampu mengubahnya..

TakBirrr!!