Wednesday, May 19, 2010

Tingkat Gejala Sosial & Jenayah, JIM Desak Batal Konsesi Judi Bola

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang mendesak kerajaan menarik
balik lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi
mengendalikan pertaruhan judi bola
sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini.

Yang Dipertuanya Mohd Taufek Abdul Rahman berkata JIM bimbang aktiviti
perjudian akan meningkatkan gejala sosial, jenayah dan ketagihan judi dalam
kalangan masyarakat terutama golongan muda.
Katanya JIM berharap kementerian prihatin dengan kesan yang telah, sedang
dan bakal timbul kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah.

"Kita juga khuatir aktiviti meminjam daripada ceti haram seperti ah long akan
berleluasa ketika Piala Dunia kerana orang ramai meminjam wang untuk berjudi,"
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan
sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada
sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak
pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

(Bernama)

1 comment:

Unknown said...

kalau di guna pakai alasan Awang Adik semasa luluskan lesen judi bola,maka kerajaan juga patut bagi lesen pada perniagaan pelacur .