Wednesday, May 19, 2010

PAS FOR ALL - PAS PERAK MENEMPA SEJARAH




PAS Perak hari ini menempa sejarah baru dalam merealisasikan slogan PAS For All. PAS yang selama ini dikepung oleh imej negatif yang dipakaikan oleh media BN telah berjaya menyingkapnya petang tadi dalam dialog bersama paderi kristian sekitar Ipoh. Ketakutan yang selama ini menghantui penganut bukan Islam terhadap PAS telah terhapus.

Dialog yang diadakan di Hotel Hillcity ternyata membuka lembaran baru dalam kepercayaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS Perak. Kehadiran menggalakkan paderi yang datang dari pelbagai mazhab sangat menggalakan. Secara jujur Dr Teoh yang mewakili kalangan paderi ketika memulakan ucapan menjelaskan sikap dan pendirian mereka terhadap PAS. Menurutnya jika jemputan majlis sebegini di lakukan tiga tahun dulu mungkin mereka tidak hadir.Keterbukaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS berjaya mengikis imej negetif ekstremis Islam kepada PAS selama ini.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kalimah Allah, isu kekeluargaan jika berlaku kes masuk Islam, peranan fatwa dan isu politik seperti pendirian PAS dalam beberapa isu sensitif seperti kerakyatan, keadilan dan sebagainya.

PAS diwakili Dr Khairudin Abd Malek yang bertindak sebagai moderetor bersama DS Nizar, kepimpinan Ulama, Pemuda dan muslimat. Turut hadir ialah YB Dr Mujahid Rawa yang telah berjaya memberi kepuasan atas keraguan dan kebimbangan

No comments: