KENYATAAN MEDIA
19 MEI 2010
SOKONG PENDIRIAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO PARIT ( BANTAH LULUS LESEN JUDI BOLA )
Parit –Dewan Pemuda Pas Parit , hari ini menyokong pendirian pemuda umno parit dalam menyatakan bantahan kepada kerajaan terhadap kelulusan lesen judi sempena piala Dunia 2010.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit , Khairul Effendy berkata perkara yang melibatkan hukum-hukum agama islam wajib disokong dan diperjuangkan demi kesucian agama islam itu sendiri malahan bukan sekadar isu kelulusan judi bola patut ditentang , banyak lagi contoh-contoh judi yang terang-terangan wujud sejak sekian lama seperti sport toto , Magnum ,Genting dan lain-lain lagi .
Persoalan yang melibatkan isu ini bukanlah berkaitan politik semata-semata ini adalah melibatkan akidah umat islam keseluruhan nya tanpa mengira kefahaman politik ,walaupun isu ini akan menyebabkan rakyat mencemuh dan menyalahkan kerajaan .Pendirian Pergerakan Pemuda Umno parit amat wajar disokong oleh semua .
Dewan Pemuda Pas Parit percaya keputusan yang dibuat oleh kabinet untuk meluluskan lesen judi ini sudah tentu mendapat perhatian serius daripada Perdana Menteri ,yang seharusnya memikirkan buruk baiknya tindakan tersebut terhadap masyarakat demi untuk mengaut keuntungan segera.Mana mungkin seorang PM itu tidak mengetahui keputusan yang oleh kabinetnya sendiri sesuatu agak ganjil dan melucukan .Akhirnya, Dewan Pemuda Pas Parit mempelawa Pergerakan Pemuda Umno Parit untuk terus bersama dalam menyatakan pendirian menentang sebarang bentuk aktiviti perjudian ……
Khairul Effendy
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit
No comments:
Post a Comment