Thursday, May 27, 2010

WARGA MISKIN KOTA PUNYA IDEA

Mari tuan2 dengar ini cerita
Kisah2 politik di negara kita
Pilihan raya selesai sudah
Tetapi mereka banyak masaalah

Di Perlis memang barisan yang menang
Menteri Baesarnya supposed to be Shahidah
Ini memang Pak Lah punya cadangan
Apakan daya tidak di perkenankan

Di Kedah pembakang menang hai dengan bergaya
BN dah tak tahan dan tidak terdaya
Rakyat di Kedah nak cuba tukar rasa
Depa pangkah PAS dari pangkah NERACA

Di Perak pula pembangkan pun menang juga
Tapi bermasaalah siapa nak jadi ketua
Mereka berpakat selesai kiri dan kanan
Pilih yang mana akan di perkenankan

Di Selangor pun pembangkang menang lagi
Setelah selesai timbul pula isu babi
Khir Toyo tak mengaku dia yang luluskan
Masa memerintah hanya kilang arak di tepi jalan

Di Negeri Sembilan tiada apa nak di ceritakan
Walau hilang kerusi BN masih bertahan
Isu babi semuanya dah sejuk
Pasal boss dahulu dah masuk peti sejuk

Melaka dan Johor memang gudang BARISAN
Di calunkan siapa pun BN boleh menang
Tapi BN pun mesti berjaga2
Pasal pembakang mula meneroka.

Di Pahang pula tidak mempunyai cerita
Hanya menteri lama tak di lantik semula
Yang dapat timbalan pun menolak jawatan
Apa sebabnya allah hualam

Di Terangganu punyai problem sendiri
Menteri Besarnya Pak Lah kata tak perlu ganti
Apakan daya Md Said bersuara
Akhir akhirnya dia Menteri Besarnya

Pas macam biasa menguasai Kelantan
Walau pun duit di tabur juta jutaan
Kehebatan Tok guru tiada tandingan
Tiada siapa yang boleh lawan

Tiba tiba pula Mahadhir bersuara
Menyuruh Pak Lah berhenti kerja
Pak lah diam tak kata apa2
Masa dia pun 2 x 5

Masa Mahadhir sorang pun tak berani cakap
Salah cakap nanti ramai masuk lokap
Masa Pak semua berani bersuara
Pasal Pak Lah selalu terlena

Kepada rakyat semua ingin saya berpesan
Kuasa sekarang didalam kita punya tangan
Yang makan rasuah kita turunkan
Yang bengkang bengkuk sama kita luruskan

2 comments:

ijoks2009 said...

Best lah pantun seloka ni ,pandai akak karang pantun

anakmuaallaf said...

Ijoks,
Akak copy dr warga miskin kota dalam fb..