Sunday, January 3, 2010

TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH ANJURKAN KARNIVAL BELIA NIAGA

Sekalung tahniah buat Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan Karnival Belia Niaga
Tapak karnivalnya di Taipan Bandar Puteri Jaya,Jalan kuala Ketil,Sungai Petani.Karnival amat sesuai waktunya kerana pada masa tu cuti sekolah bulan disember.Beratus gerai jualan disediakan.
Banyak Gerai jualan disediakan.Peniaga-peniaga semuanya dikalangan belia.Elok sangat program sebegini.Daripada membiarkan belia kita merempit tidak berfaedah lebih baik diajar mereka berniaga.
Banyak acara lain diselitkan seperti ceramah agama,dendangan nasyid diadakan juga
"Mengajak anak muda untuk mengenali Islam kena buat perlahan-lahan tidak boleh secara drastik nanti depa lari" kata salah seorang secretariat."Kita boleh mengheret lembu ketepi sungai tetapi kita tidak boleh paksa dia minum ayaq.Tapi kalu kita tunggu kat situ gosok tengkok dia,..lama-lama dia minum juga.Nak ngajak mereka berniaga pun sama juga.Kita galakkan depa berniaga tapi tak sediakan tempat.macam mana depa nak berniaga.Jadi inilah yang mampu kami sediakan untuk anak-anak muda dan belia negeri Kedah."

Banyak juga barang jualan yang pelik dan cantik dijual disana.Anak AM' beg crazy' tak lepas peluang memborong
Kasut yang cantik-cantik buat basahan.Anak-anak dara AM pun tak lepas peluang...
Apa dia nak cari lagi tu..Sesiapa yang pergi memang rambang mata.Dah la murah cantik pulak tu..

Syabas la Kerajaan Negeri Kedah berjaya menanam minat anak muda untuk berniaga.

3 comments:

kijang said...

SALAM.. semuga Kedah sentiasa aman dibawah pemerintahan ustaz azizan.. Negeri kalau diperintah dengan baik dan berlandaskan Al-quran dan sunnah Insyaallah selamat.. semuga kedah sentiasa aman di bawah Pakatan Rakyat.

Unknown said...

Tahniah Kerajaan dan rakyat negeri kedah,
kalau mcm ni gayanya,insyaallah
cita-cita Kedah maju 2010 akan menjadi kenyataan tapi bukan dengan kerajaan UMNO.kalau dpt kt UMNO kedah lingkup bukan maju.
Bila nak selamatkan Perlis dari cengkaman UMNO pula?

pecinta_Islam said...

apa yg umi ckp betul sngt2..klu nk ajak anak muda mendekati islam x leh mengejut..mungkin memerlukan bnyk pendekatan lagi
:)