Monday, January 4, 2010

ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT

[Allah2.png]

Oleh DAP Melayu

WAHAI PARA BLOGGER SEKELIAN,

Firman Allah di dalam Al-Quran yang ertinya :

”Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6).

Sesungguhnya berbicara di laman blog atau mana-mana laman sesawang melalui internet hukumnya sama sahaja dengan berbicara dalam keadaan biasa atau face to face. Allah dan RasulNya sudah memberikan panduan kepada para blogger.

Dalam semua posting atau komentar hendaknya kita menyedari, bahawa segala tulisan kita, tetap diawasi oleh Allah SWT sebagaimana firmannya :

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaaf : 18)

Malaikat Raqib dan Atid sentiasa memerhati setiap patah perkataan tulisan atau ucapan para blogger.

Janganlah pula para blogger menulis sesuatu berita dia sendiri tiada pengetahuan mengenainya kerana semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Firman Allah SWT yang ertinya :

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya”. (Al-Israa’ : 36)

Para blogger hendaknya selalu mengucapkan kata-kata yang baik. Rasulullah SAW menganjurkan agar setiap mukmin memilih diam daripada berbicara yang sia-sia. Allah SWT berfirman:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fushshilat : 33).

Hendaknya perbicaraan selalu di dalam kebaikan dan penuh tanggungjawab. Allah berfirman yang ertinya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat baik atau mengadakan perdamaian di antara manusia”. (An-Nisa:114).

Janganlah di laman blog kita bersangka buruk, mengadu domba atau memperolok-olok seseorang atau kumpulan. Allah berfirman yang ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan syak wasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari syak wasangka itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengadu domba satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Hujurat : 12).

Para blogger hendaklah sentiasa memerhatikan firman Allah yang ertinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan)”. (Al-Hujurat: 11).

Blogger hendaklah menjadi penegak keadilan dan jangalah menyimpang dari kebenaran. Allah SWT berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran”. (An-Nisaa’ : 135)

”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar” (Al-Ahzab : 70)

Dan ingatlah bahawa Allah SWT mengetahui segala niat yang terselindung di sebalik hati para blogger.

”Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu menzahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Baqarah : 284)

Blogger penegak keadilan, blogger juga penyeru kebenaran. Mudah-mudah tulisan ringkas ini sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna buat kita semua.

5 comments:

Unknown said...

salam AM

Elok sangatlah AM bagi nasihat berdasarkan hujjah dan dalil-dalil dari firman Allah dan hadith sekali.

malangnya ramai kawan-kawan kita yang duduk sebelah sana tu pakai dalil otak sendiri, ni yg buat kita pening.

Sekadar perkongsian pengalaman setelah AM sendiri punya pengalaman yg sama terhadap parpukari & gomo, sila layari

http://p111kotaraja.blogspot.com/2010/01/tahap-iq-bloggers-umno.html

wasallam

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam SPKR,
Mereka ini robot.Dah settingnya begitu.
Macam burung tiong yang diajar bercakap.Satu perkataan yang diajar maka jumpalah siapa pun perkataan itulah yang keluar.
Mereka ini bagaikan sebuah drama.Mereka itulah yang menjadi krew.Yang dibayar tak berapa kupang.Produsernya untung boleh pergi melancung.Mereka hanya buat cerita sajalah tuan producer pergi melancung.Tetapi olahan cerita itu seolah-olah mereka turut sama pergi melancung dengan produser.
Kita blogger PAS pimpinan tak begitu...

ooooooooo said...

assalamualaikum
betul tu
sekarang ni ramai bloger yang menulis mencarut2
astaghfirulahalazim
apakah itu?
smoga Allah merahmati kita
amin

Unknown said...

Meraka sudah di BTN kan

Mungkinkah all umno bloggers jadi begini setelah mereka pergi kusus terlarang yang dilarang Kerajaan PR Selangor, Penang and Kelantan ni.

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam Umar,
Blogger pun kena juga ditarbiyah.Jika tak ada tarbiyah macam kita lihatlah pada sesetengah blog tu..
Kita yang masih diberi hidayah ni selit-selitkan unsur-unsur ini..