Wednesday, January 6, 2010

LELONG...! LELONG...! BESI BURUK..BESI BURUK...TIMBANG KILO..

BODY SAJA...ENJIN TAK DA...
sedih tengok gambar ni..c&p dari ijoks
awat la hang pa buat macam tu

Masa beli dulu hangpa guna duit kerajaan hangpa.Duit kerajaan hangpa tu bukan ka duit rakyat.Awat la hangpa buat macam tu..MARAH..GERAM..SAKIT HATI dan bermacam-macam rasa lagi.

Dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah kerangka A-4C dan A-4L yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang disimpan di Pengkalan Udara Davis Monthan untuk pengubahsuaian kepada satu standard A-4PTM (Peculiar to Malaysia). Program ini adalah sebahagian daripada program pembesaran ‘Perista’ Angkatan Tentera Malaysia.

40 daripada kerangka tersebut dimodenkan dan dibaikpulih oleh Grumman Bethpage sementara yang selainnya disimpan untuk kegunaan alat ganti dengan 34 buah A-4PTM dan 6 buah pesawat TA-4PTM dibina. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans. Pesawat A4-Skyhawk mula dihantar kepada TUDM dalam bulan Disember 1984 dan ditempatkan di TUDM Kuantan dan berkhidmat dengan Skuadron No. 6 dan skuadron No. 9 TUDM.

Pesawat A-4 Skyhawk PTM yang digunakan TUDM menggunakan enjin Wright J65-W-420 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. A-4PTM juga dilengkapi dengan alat mengisi minyak dalam penerbangan daripada pesawat induk KC-130H Hercules atau dari pesawat Skyhawk lain yang dipasangkan dengan buddy tank.

Malangnya pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan sepanjang perkhidmatannya dengan TUDM dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan kematian juru terbang. Berikutan itu, pesawat A-4 Skyhawk dihentikan perkhidmatannya apabila TUDM menerima pesawat BAE Hawk 108 dan Hawk 208 untuk peranan serangan darat.

9 comments:

Mybabah said...

Salam. Tak tahu bilalah kesudahannya episod penipuan oleh penjangak negara ini. Apabila bersara orang-orang ini diberi pelbagai gelaran lagi spt Tan Sri, Tun dsb. Yang tak dapat dielak hanyalah di hadapan Allah sahaja.

mountdweller said...

Salam sahabat

Entahlah apa nak jadi "Malaysiaku"

Berdoalah semoga Allah menurunkan segala setan dan iblis dari anjung kuasa.

rosnanie said...

salam kak leha, sori lama tak singgah dan tinggal jejak, takde mood menulis sekarang

Komen saya pasal besi buruk tu... jual jer lr besi buruk tu, sedekah kat fakir miskin.... ramia lagi rakyat jelata yang hidup melarat.

anak muallaf said...

Waalaikummussalam,

Babah,
Biarlah apa gelaran yang mereka dapat.Mati esok gelaran itu tinggal juga..

Sahabat MDWeller,
"Malaysia oh tanah airku..
Tanah tempat tumpah darahku..
Rakyat hidup aman bersatu..
Pemimpinku yang penipu.."

Ros,
Pemimpin kaya raya..
Rakyat papa kedana..

Sufina said...

Salam Kak Leha, berapa sekilo besi buruk sekarang ni ye kak? Kalau timbang kilo jet-jet tu berapa tan agaknya ye .... hehehehe

ijoks2009 said...

semua rasa bercampur dlm satu,Marah sebab rasa ditipu oleh kerajaan sendiri,sedih bila fikir pasal nasib Tentera kita dipaksa naik Jet Buruk sedangkan dlm masa yg sama pemimpin negara naik pesawat yang harga lebih 200 juta.
Sedih juga mengenagkan nasib keluarga Tentera yg terkorban disebabkan Jet buruk ni.
Kecewa sebab masih ramai rakyat yg tak sedar diri mereka di perbodohkan dengan sehelai kain pelikat berharga RM20 setiapkali pilihanraya.

jebat_berani said...

hamba rasalah skyhawk nie tersadar macam nie mungkin sebab enjinnya pun dah kena jual kot...cuba suh sapa-sapa pi cek enjin die...

kalau betul sekalipun jskyhawk ini tidak lagi hendak digunakan bukan ini cara yang patut dilakukan...pastinya ada cara lain yang boleh mengelakan wang rakyat terbazir begitu sahaja..

tapi ialah kak..cakap ngan puak-puak umnongok nie baik kita cakap ngan tiang elektrik jerk..takde la sakit hati pasal dah tahu memang tiang elektrik tue tak boleh nak buat apa-apa..

tapi kalau cakap ngan puak umnongok nie lain yang ditanya lain pulak nanti yang dijawabnya...

anaklaut said...

salam...


mcm mana dalam unit penting dalam mempertahankan negara boleh berlaku kejdian spt ini..

kita tak pelik pas ni akan hilang mcm2 lagi spt enjin kapal selam ke, .

patut dihukum gantung saja orng yg melakukan kesalahan spt ini..

cemomoi said...

lebih elok letak kat taman permainan kanak-kanak, bia diorang memasang angan angan dengan jet tanpa enjin ni...