Wednesday, January 6, 2010

GUNA NAMA ALLAH ???

Al Simpori,

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi, Tuhan Yang Maha Suci dan Tuhan Yang Memiliki sifat-sifat yang Maha Mulia, Yang Menguasai Kerajaan Langit dan Menguasai Kerajaan bumi, Dia melucutkan kerajaan daripada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia memberikan kerajaan kepada sesiapa yang dia kehendaki.

Isu ini tak la kalut sangat kalau umat memahami beberapa konsep asas dalam agama. Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Islam (ikut senioriti) adalah agama samawi / agama langit- yang diturunkan Allah, dua agama yang pertama telah diselewengkan pendita-pendita/rahib-rahib mereka, selain dari tiga ini adalah merupakan kepercayaan/idelogi yang direka oleh manusia (semangat nasionalis/kebangsaan) termasuk dalam kategori ini.

Asas ketiga-tiga agama ini ialah mengEsakan (mentaati) Allah dan mengengkari thoghut - sebelum diselewengkan pun syariat adalah berbeza. Apalagi setelah diselewengkan. Apakah mereka masih layak guna nama Allah ? Rujuk kitab ?, hadis ? Qias ? Ijmak ulama ? ( mana majlis fatwa@petua , kalau kes as-Syahid Ibrahim Libya laju saja hampa bagi petua) ?

Mungkin juga masih layak kerana tauhid 'Rabbubiah' masih berlaku- tauhid yang hanya 'mengiktiraf' adanya Allah- taat kepada perkara yang terpaksa/tiada pilihan. Kalau benar digunakan macamana kalau wat siam dan tokong hindu minta nak guna nama Allah juga kerana mereka pun mengiktiraf adanya Allah? dan semua makluk datang dari Allah -tetap hamba Allah juga.

Tapi kalau dibenarkan ke depan anak cucu hampa tak confius mana mesjid , mana tokkong, mana gereja?

Kalau semua lidah dah terkelu saya rasa elok saja penggunaan nama Allah ini dihadkan kepada yang menjalankan tauhid 'Uluhiah' saja- iaitu mereka yang mengiktiraf keEsaaan Allah dan mentaati / mengamalkan syariatnya. Kalau dibenarkan nanti ada tergantung di tempat2 yang tak sepatutnya kerana ia adalah sebahagian dari kalimah suci

Bagi pejuang2 tunggu dulu, jangan melatah kerana di sini mungkin ada perangkap dan wayang, dulu sapa yang nak padam nama Islam dari pertubuhan/parti politik ? hari ni sapa yang tonjol jadi jaguh konon? Kalau ada kuasa kenapa yang tolol2 lantik hakim kes ini dari kalangan bukan Islam ? Wallahualam.

2 comments:

rosnanie said...

salam

Umum tahu, Allah adalah tuhan sekelian alam, jadinya bukan lah sesuatu yang pelik kalau agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan mereka, cuma dalam kes yang terjadi baru2 ini, seperti ada agenda yang trsmbunyi kerana penggunaan nama Allah hanya utk artikel dalam bahasa Melayu

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam Ros,
Ada pula yang nak main wayang dalam hal macam ni.
Akak tak pernah tengok wayang semenjak beruban ni..
Tapi selalu dok tengok wayang puak-puak ni....