Saturday, January 2, 2010

BENARKAH 2010 TAHUN GERHANA PAS...TIDAK..

selamat berjuang buat sahabat mujahid dan mujahidah PAS

Benarkah 2010 tahun gerhana buat PAS?
PAS dalam perjuangan sama seperti alam ciptaan Allah.
Dikala matahari hendak terbenam gelap ia seketika.Bila matahari terbit esok ia kembali terang dan cerah.
Dalam gelap juga pendokong PAS tetap istiqomah mengumpul kekuatan untuk bangun esok.Menggerak dan menggempur.Mengumpul sisa-sisa kekuatan yang berbaki.Bergabung tenaga untuk bangun dalam jemaah.Pendokong PAS sedar kerja berjemaah lebih ringan.Sama seperti perjuangan Rasullullah s.a.w berjuang bersama sahabat-sahabat.Sahabat yang mempunyai pelbagai sifat.Yang lemah lembut yang keras yang berdiplomasi dan yang pintar akal.
Walau sesuram mana keadaan sekali pun pendokong PAS tidak pernah lari dari medan perjuangan.Tetap utuh bersama pimpinan demi memperjuangkan agama Allah.Ruang-ruang suram itu diisi dengan tarbiyah.Tanzim yang tersusun.Pendokong PAS yakin kemenangan akan datang jua.Kekalahan hari ini adalah ujian dari Allah.Perselisihan pendapat sudah adat perjuangan.Pendokong berlapang dada.Sentiasa bermuhassabah mencari mawardah.
Pendokong PAS yakin dalam suram juga kami pasti akan bergerak untuk mencari cahaya kemenangan.Perahu-perahu yang kosong itu akan diisi dengan muatan kemenangan yang akan datang nanti.Pendokong PAS yakin
DIAKHIR ZAMAN ISLAM TETAP AKAN MENANG
Penyokong PAS merasakan apa jua mehnah yang dikaitkan dengan PAS seperti makan french fries bersama mayonese dan cili sos.Dicicah dimakan dan habis.Esok goreng lagi.Kerana musuh PAS akan menimbulkan isu demi isu.
Pendokong PAS sudah lali dengan isu musuh.Pendokong PAS tidak boleh ditipu.

Musuh boleh memaksa lembu pakai cermin mata hijau dirumput kering agar rumput kering nampak hijau.
Pendokong PAS tidak boleh diperlakukan begitu.Pendokong PAS tidak boleh ditipu.Pendokong PAS bukannya wayang kulit yang cantik diluar tetapi buruk didalam.

selamat berjuang buat sahabat mujahid dan mujahidah PAS

Surah As-Saff – ayat 4

(Sesungguhnya Allah menyukai) artinya selalu menolong dan memuliakan (orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur) lafal shaffan merupakan hal atau kata keterangan keadaan, yakni dalam keadaan berbaris rapi (seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kokoh) yakni sebahagian diantara mereka menempel rapat dengan sebahagian yang lain lagi kokoh

-tafsir Al-Jalalain(Indonesia)-

Doakanlah diri ana ini untuk terus istiqamah dan thabat untuk memperjuangkan agama Allah….

10 comments:

7 taman langit said...

salam sejahtera
barangkali akan terjadi gerhana mbak
kunjungan balik
sukses selalu

Ayiem said...

PAS bukan berjuang diatas landasan politik semata-mata.

Perjuangan PAS merangkumi seluruh aspek kehidupan kerana perjuangan PAS berlandas dan berdasarkan Islam..

Jadi tidak akan timbul masalah gerhana atau suram didalam perjuangan PAS....

"TIDAK ADA ISTILAH KALAH DIDALAM PERJUANGAN MENEGEAKKAN ISLAM"

Farhan Rais said...

Salam Umi

Allahu akbar!!

Cukup tersentuh bila membaca artikel ini.Doakan bersama Umi.Moga kita semua terus thabat dalam perjuangan menegakkan Ad-Din yang di redhai Allah ini.

Moga Islam Terus Gemilang..

Sekretariat Parlimen Kota Raja said...

Allahuakhbar

Hebat artikal ni, artikal macam ni hanya boleh dibuat oleh orang yang hebat sahaja.

Orang yang hebat seperti ini sikit dalam jamaah tapi tinggi Quality nya

Untuk mendapatkan seorang jamaah yang benar-benar ber quality seperti ini yang sanggup mengorbankan lebih 1/2 dari masa ber quality nya bersama keluarga bukannya mudah.

Tapi alhamdulillah, Allah takdirkan juga dia dipertemukan dgn seorang suami dan anak-anak yang amat baik serta memahami perjuangannya.

Beruntunglah Cawangan, Kawasan, Negeri yang beroleh sesorang sepertinya. Rugilah kalau anda tidak peka malahan pekak dan buat-buat tak nampak pulak.

Jika PAS melalui pimpinan, pendokong dan penyokongnya tahu menilai yang mana intan dan yang mana permata dan mengambil berat seorang pejuang seperti ini ... Insa Allah esok mentari akan terus bersinar dan katakan TIDAK kepada tahun kegerhanaan PAS.

anak muallaf said...

7 taman langit,
Sudah lama tidak ke Jakarta.Terima kasih sudi ziarah.semoga kamu success

anak muallaf said...

Ayiem,
Kelantan pernah memerintah dengan perbezaan 1 kerusi.Kita mampu bertahan hingga 1 penggaj juga.Dan sekarang dah masuk 21 tahun kita memerintah.Sebab itu kita tidak pernah gerhana..

anak muallaf said...

Farhan,
2 minggu lepas umi pergi bercuti.Jumpa dengan tourist dari pelbagai negara.Banyak berbincang dan bertukar pendapat.
Mereka orang luar yakin PAS akan menang suatu hari nanti.Mereka bukan orang Islam.Tetapi yakin dengan perjuangan PAS.
Kenapa ada rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak yakin dengan islam.

anak muallaf said...

Sekretariat PAS Kota Raja,
Pergaulan mematangkan fikiran.Jangan terlalu banyak memuji takut ada sifat riya'.
Perjuangan dalam PAS adalah infak keluarga.Maka kenalah pikul amanah yang diberikan.

Mybabah said...

Salam Umi. Saya terlepas pandang akan komitmen Umi pada parti. So, daripada rakan taulan, saya pindahkan link Umi kepada Sahabat Siasah...

anak muallaf said...

Salam Babah.
Terima kasih atas penghargaan ini.