Friday, January 1, 2010

ALHAMDULILLAH...KAN DAH KENA KOMPAUN..CEPAT TUTUP AURAT


Tidak tutup aurat, kompaun RM500


ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin. Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002). Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

10 comments:

Ayid said...

Salam akak

Itu lah jangan melawan hukum Allah. Abu Jahal dah lama dah tentang hukum Allah, jangan nak jadi Abu Jahal pulak. Ini confirm puteri ...kan kan

Unknown said...

Salam Zaleha. Manusia seperti ini bukan sahaja degil dengan undang-undang tetapi degil dengan amaran Allah, sedangkan peraturan itu dibuat untuk kebaikan mereka. Apabila sudah kena rogol, baharu terpekik-pekik nak hukum hudud...

kijang said...

salam..dunia dh nk kiamat..itu yg blh aku katakan.. tpi ku respect dkat kjaan kelantan kerana membanteras gejala tidak senonoh ini diklangan remaja.. ini dikatakan negeri yg diterajui ulamak..negeri lain mna ada buat mcm ni...takbirrrrrrrrr... dikesemptan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010.. semuga azam thun baru 2010 lebih baik lg dari tahun 2009..insyaallah..perbanyakkan amal dan ibadat kpd Allah s.w.t.
semuga kita dipanjangkan umur untuk tahun-tahun yang akan datang...

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam Ayid,
Ibubapanya tidak berpegang kepada panduan Lukmanul Hakim.
Dan ibubapa jenis ini juga kerana sayangkan anak sanggup sama-sama terjun neraka bersama anaknya.

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam Mybabah,
Dah terantuk baru nak tengadah..dah tak boleh pakai lagi dah peribahasa ni..
Sebab itu kita ni tak maju-maju.Dulu kini dan selamanya...
Mereka tak kenal Islam.Kita yang kenal Islam amt menyayanginya kerana Islam agama yang sempurna

anakmuaallaf said...

Salam Kijang,
Sama-samalah baharui tekad.Istiqomah dalam perjuangan.
Selagi UMNO ujud dengan sekularnya selagi itu maksiat bercambah di bumi 1Malaysia ini.

Pengasas said...

Salam AnakMuallaf,
Selamat tahun baru, semoga anda dalam limpahan rahmat dan kebahagiaan dari Allah.

anakmuaallaf said...

Salam Dr,
Ya Allah terkedu rasanya bila dr sudi ziarah blog murid yang lemah tak berupaya.Mengharabkan tunjuk ajar dari dr.
Anyway saya doakan dr n family sihat dan teruskan perjuangan.Pohon-pohon anggur masih mengharabkan belaian dr.

Unknown said...

Ada tak undang2 macamni kat negeri bawah jajahan takluk BN,
NI membuktikan siapa yg benar-benar ikhlas nk melaksanakan tuntutan Islam.
Kalau Tokguru Nik Aziz menggunakan agama untuk kepentingan politik dia tak akan buat undang2 macamni nanti org yg kena denda x kan undi lagi.
Sama lah dg tokey judi tobat takkan undi pas dia akan undi Umno.

Kesimpulannya org Jahat suka Umno,org baik sokong pas.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam...
Saya menerima pesanan ni di dlm kotak ulasan saya.

++INI SEBUAH MESEJ KEMASYARAKATAN++


Salam sejahtera.

Saya telah mendapat email daripada seorang kawan tentang sebuah blog baru yang bertujuan menjatuhkan maruah wanita-wanita tempatan kita yang mungkin adalah isteri, ibu, kakak dan adik kepada seseorang atau mungkin anda sendiri.

http://wanitamelayuseksi.blogspot.com

Konsepnya sama dengan blog 'pemuas nafsu' (my-steam.blogspot.com) yang kini sudah dipadamkan.Nampaknya, blog baru ini meletakkan semula gambar-gambar wanita Melayu dalam blog 'mys-steam' yang sengaja dipergunakan untuk tujuan keseronokan 'fetish' pelawat lelaki.

Blog ini sengaja mahu menghidupkan semula blog (my-steam.blogspot.com) tersebut. Mungkin oleh individu keji yang sama ataupun oleh peminat blog lama tersebut.

Dan kali ini, pemilik blog tersebut tampil lebih angkuh dan berlagak dengan memperli individu yang cuba menasihat. Pemberi-pemberi komen pula semakin berahi, ganas dan berbahasa lucah.

Di sini, kita menyeru dan menggalakkan mana-mana individu atau pihak yang berkebolehan dalam teknologi maklumat atau yang mempunyai pengaruh undang-undang supaya melakukan sebarang usaha agar blog (http://wanitamelayuseksi.blogspot.com) ini disekat, ditampan dan akhirnya dipadam.

-Rohani,Kepong, 2009-

**Sebar-sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan anda supaya blog keji tersebut dapat diambil tindakan.