Thursday, December 17, 2009

WANITA PAKATAN RAKYAT PERAK TUBUH SEKETERIAT

Perak Tubuh Seketeriat Wanita Pakatan Rakyat

Posted by RAKYAT MARHAEN Khamis, 2009 Disember 17

Oleh Roziyah Mahamad 9 orang wakil wanita dari tiga parti gabungan Pakatan Rakyat bergambar bersama selepas penubuhan Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak.
PERAK, 17 Disember: Pakatan Rakyat (PR) Perak telah mengesahkan penubuhan Seketeriat Pakatan Rakyat bagi menguatkan gagasan PR di Perak. Penubuhan Sekretariat Wanita PR ini juga diharapkan dapat meneruskan kesimbungan PR untuk memastikan kuasa yang dirampas oleh BN dikembalikan di Perak.
Hal ini dijelaskan Setiausaha Seketeriat PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam kenyataan media yang dihantar ke meja EraPakatan.com.
Majlis penubuhan seketeriat wanita ini telah dilangsungkan semalam kira-kira jam 8 malam bertempat di Pejabat Pakatan Rakyat Ipoh.
Menurut Khalil Idham dalam kenyataannya, hasrat penubuhan itu telah dicetuskan dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat Negeri yang lepas dan sebulat suara telah memberi kuasa dan mandate kepada beliau untuk menemukan dan menubuhkan Sekretariat itu.
Penubuhan ini dianggap sejarah baru dalam politik Perak. Turut hadir bagi menjayakan majlis itu ialah 3 wakil muslimat PAS iaitu Ketua Dewan Muslimah PAS (DMP) Negeri, Bariah Alang Sapri, Penolong SU DMP Negeri, Mazidah Ghani, dan Pengarah Pilihanraya DMP Negeri, Amizan Baharudin.
DAP pula katanya telah diwakili oleh ADUN Jalong, Leong Mee Meng, ADUN Mengelembu dan Lim Pek Her. Wanita yang mewakili PKR pula adalah SU Wanita PKR Negeri, Zuraidah Zakaria, Penolong Ketua Penerangan Wanita PKR negeri, Azlina Adnan dan Fatimah Ahmad.
“Selepas ini ketiga parti akan bermesyuarat dengan diwakili oleh 3 orang wakil bagi setiap parti dan siapakah wakilnya diserahkan kepada parti masing-masing menentukannya,” jelas Khalil Idham.
Terdahulu, PR Perak telah Berjaya menubuhkan Sekretariat Pemudanya dan pelancaran telah dilaksanakan pada 24 oktober lalu walau mendapat halangan yang ketat daripada pihak keselamatan.

No comments: