Saturday, December 19, 2009

SELAMAT BERKONVENSYEN - PAKATAN RAKYAT

Bagi saya sebagai ahli PAS bila pilihanraya gunalah lambang parti masing-masing.Pas dengan bulannya,DAP dengan roketnya dan PKR dengan dua bulan sabitnya.
Dan selepas ini tidak timbul isu PR tiru idea BN.Guna satu lambang.Matlamat PR untuk ambil alih tampuk pemerintahan dari BN yang korup.Sebab itu saya cukup tertarik dengan tulisan sdr Hishamudin Rais.
Saya berharab ada perwakilan PAS yang bangkitkan isu ini nanti.Ya Allah Ya Mulk Ya Malik engkau sempurnakanlah gerak hati hambamu ini.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim berilah berilah taufik kepada pimpinan kami sebelum membuat keputusan...Amin..
Sistem dua parti ilusi kaum pemodal

Hishamuddin Rais
Dis 9, 09
8:18pm
Pada tahun ini, wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan
berita tentang
kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – BN dan Pakatan Rakyat.

Malah huha huha tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada
yang tersenyum
gembira seperti malam pertama berdua-duaan di bilik bersama kekasih
sewaktu mendengar
kemungkinan ini.

Sistem dua parti ini satu penipuan - satu ilusi yang dirancang oleh kaum
pemodal;
satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengaburi
mata
orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya, siapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke?
Siapa yang dapat
membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya, pemilik saham Pepsi
juga pemilik saham Coke.

Hakikatnya, Puma dan Adidas dua beradik yang membuka peniagaan
yang sama –
satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya
mengamalkan
sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Perbezaannya, hanya
ejaan yang bermula
dengan A dan P.

Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk
memastikan
kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan
bukan seekar kebun getah
atau sebuah Kancil.

Yang mereka pertahankan, sistem ekonomi kapitalis yang selama 150
tahun ini telah
mengembungkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan
mereka senang- lenang
dan kaya-raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit.

Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia
di dunia hari ini sebenarnya
kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk
memastikan parti apa yang
naik dan parti apa yang turun.

Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus
dalam sistem kapitalis
ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di Parlimen untuk
menggubal undang-undang dan
memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di Parlimen TIDAK
akan dan TIDAK
pernah menyebelahi kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja.
Perhatikan, cukai yang
dikenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan.

Dalam masa yang sama, mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai.
Kalau tidak percaya,
sila tunggu cukai baru: cukai barang dan khidmat. Akan terlondeh seluar
dalam Mak Minah
dan akan tergadai kapcai Pak Ali apabila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik. Lihat
apa yang terjadi
kepada dasar kerajaan Pakatan di Selangor yang melarang bangunan
didirikan di lereng bukit.

Dasar ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa
kebaikan dan
keselamatan kepada warga. Lihat pula apa yang berlaku di belakang tabir.
Kaum pemodal –
pemaju dan para kontraktor telah – melobi dan akhirnya larangan ini
ditarik kembali.
Kenduri menarah bukit diteruskan semula.

Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa.
Laporan yang ingin
diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini
diikat oleh
Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal –
syarikat pemaju ,
kontraktor dan syarikat bekalan air – terselamat dan keuntungan mereka
terjamin.
Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan, jangan buat bising lagi,
biarkan badan
mereka dimakan cacing!

Kenyataan ini bukanlah tohmahan, propaganda atau berita putar yang
saya ajukan kerana
saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ia adalah hakikat di
hadapan mata kita.
Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat.

Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut
dan goncangkan
kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana tohmahan, mana pula
yang putar alam dan
apa itu kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini
kaum pemodal
di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang
berlaku di dalam
negara ini.

Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini
membawa keuntungan
yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan.

Apa yang terjadi pada 8 Mac 2008 mengajar mereka untuk memahami
bahawa warga
dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak
demokrasi mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit, kaum pemodal merancang
untuk melahirkan apa
yang dipanggil “sistem dua parti”. Contoh sistem dua parti ini sedang
kita lihat berjalan
dengan lancar di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Di UK. ada Parti Konservatif dan Parti Buruh, di Amerika ada Parti Republikan
dan Parti
Demokrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Thatcher dari
Parti Konservatif
akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Sr dari
Republikan diganti
oleh Bill Clinton dari Demokrat. Kemudian Clinton diganti oleh George
Bush Jr yang
kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Demokrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan bertukar
berganti.
Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Beginilah
silap mata
Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu.

Kapitalisme tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan
walau parti
mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Demokrat kepada Republikan atau Konservatif
kepada
Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa
perubahan
hakiki yang telah berlaku.

Tuan punya bank masih kaya-raya. Tuan punya kilang masih memerah
tenaga
buruh murah. Para kontraktor masih membalon orang ramai. Cukai masih
di tahap
yang sama. Kaum pemodal terus melipatkangandakan keuntungan.

Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan daripada
parti ini
kepada parti itu; daripada presiden yang ini kepada presiden yang itu.
Beginilah helah
kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem
yang sedia ada.

Dalam kempen-kempen pilihan raya, kita akan mendengar labon dari
Mat Heboh yang ingin
menjadi YB. Teliti dengan rapi: mereka semuanya berjanji untuk
menubuhkan sebuah kerajaan
yang lebih baik daripada yang sedia ada.
Apa sebenarnya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka
berjanji akan menjalankan
pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih.
Ertinya mereka berjanji akan
menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih
kepada kaum pemodal.

Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem
ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa
kemudaratan
terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang
mengajukan rukun imannya:
keuntungan maksimum.

Rukun iman inilah yang sedang membawa porak-peranda kepada
kita semua hari ini. Keuntungan
maksimum yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa
sahaja dilakukan asalkan ia
membawa untung.

Balak dikeluarkan kerana ia membawa untung. Pelacur datang dari
China kerana ia membawa
untung. Hospital diswastakan kerana ia membawa untung. Dadah
diniagakan kerana ia membawa
untung.

Jika kita menyedari hakikat ini, maka kita tahu bahawa sistem
dua parti ini hanyalah
kong kalikong. Tidak ada apa-apa perubahan hakiki yang akan

berlaku jika yang diajukan
untuk dipilih hanyalah “siapa yang lebih cekap” mentabir sistem kapitalis.

Adakah BN lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat
yang akan mentabir
dengan baik sistem kapitalis ini? Jika inilah persoalannya, maka saya
jamin kita semua kena
tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka
rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti; bukan siapa
yang lebih cekap
dan lebih amanah mentabir sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita,
menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksimum.

Yang menjadi rukun iman, kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi
yang berasaskan
kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa
makna yang hakiki jika
kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan
maksimum. Apa yang wajib
kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau
berserban - ini semua
tidak penting.

Yang penting, mereka yang bangun berjuang untuk melahirkan satu
sistem ekonomi yang
berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli
kasut Adidas atau kasut Puma.
Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih
Coca Cola atau Pepsi Cola.
Kita tidak mahu minuman itu; kita kita mahu air buah avocado yang
sihat untuk umat manusia

No comments: