Monday, December 28, 2009

SAKITNYA MATI

Terimakasih sahabat yang kirimkan emel ini
Mayat
Allah merahsiakan saat
kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang
telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan
larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh
dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai
setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui
setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh
Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak
dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya:
"Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda
Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak
atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja,
itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan
300x tetakan.


Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku
daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah
hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak
mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan
maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk
meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan
beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih


Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati
(jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu
sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu
dari sebab buang air kecil."


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu
dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut
nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan
untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih
mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut
supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul
maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali
Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.


Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali,
malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan
hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya."
Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan
khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang
pun."


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan
beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang
kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah
mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba
hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata
Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak
Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."


Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan
solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali,
tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi
begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira
hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih
seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa
tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah
hilang sakit dari sakaratul maut."

No comments: