Saturday, December 19, 2009

MAK AII...KESIAN MENTERI PERTAHANAN...ORANG TAK MAU DAH KUT....


Berpuluh Ribu Serbu Majlis Zahid Hamidi & Sya'arani...!!!

Mengejutkan..! tu je la yang dapat aku sebut bila wakil Perisik Rakyat hantar laporan berkenaan Program Rakan Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar berhampiran dengan Jeti Bagan Dato' tadi yang juga dihadiri oleh ADUN Rungkup, Dato' Sha'arani B. Mohamad dan juga Ahli Parlimen Bagan Dato', Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan.

Tak percaya..? korang tengok gambar-gambar dekat bawah ni...
Ya..! kalau ikut sifir matematik yang aku belajar masa aku ambik Kursus Matematik Dalam Bahasa Inggeris anjuran Media Perdana dulu, jumlah kehadiran dalam gambar dekat atas ni paling kurang pun 49.340 orang..! ini satu jumlah yang jarang-jarang sekali dapat dicapai oleh mana-mana program yang dihadiri oleh Menteri UMNgOk/Beer eNd.

Tahniah pada Ahli Parlimen Bagan Dato' dan juga ADUN Rungkup..! hahaha...!!!
Antara program yang diatur dalam majlis ini ialah, pertandingan memancing, majlis berkhatan beramai-ramai dan juga majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR tempohari.
Yang menarik lagi - ADUN Rungkup dalam ucapannya yang "langsung tidak berbau politik" (bertepatan dengan program tersebut yang bukannya program politik) telah mempersoalkan Pakatan Rakyat yang langsung tidak membangunkan Bagan Dato' selama ini. hahaha...!!! ADUN Rungkup ni dah gila... ade ke orang lain nak make-up rumah orang lain..? PRU-13 nanti boleh calonkan lagi sekali Sya'arani bertanding du DUN TerLUNGKUP. hahaha...!!!

Ucapan ADUN Rungkup berjaya menjengkelkan para hadirin sehingga sebahagian besar hadirin mengambil tindakan bangun dari kerusi masing-masing dan meninggalkan khemah... hahaha...!!!
Tiba giliran Ahli Parlimen Bagan Dato', Dato' Zahid Hamidi untuk berucap pula...
Woi...!!! mana semua orang...???

Hahahahahahahahaha......!!!!!!

13 comments:

Cikgu Adham said...

salam..
adeiiii biasanya kalo ramai pun sebab kena kerah... mcm kami kt universiti dulu la.. kalo org politik dtg, kami yg dok asrama dipaksa hadir.. siap amek kedatangan lg....

Ayid said...

Orang UMNOngok kan suka hiburan. Apa la bapak menteri ini. Jika nak ramai datang Ajak le Dato' Daud Kilau gelek pasti ramai datang hehe heheh

ijoks2009 said...

Salam akak,
acara mari belajar pakai tudung tak ada ke?

anak muallaf said...

Waalaikummussalam Dehe,
Sekarang ni bukannya student saja yang dipaksa pergi, cikgu pun dipaksa juga.
Jakun betul UMNO ni...

anak muallaf said...

Ayid,
Dato' Daud sakit pinggang kut..

anak muallaf said...

Ijoks,
Mak Datin tak kesahhhhhhhhhhh
Apa orang kata lahhhhhhhhhhh
Yang wajib bagi mereka tudung saji dan tudung periuk saja...
Hukum Allah di persendakan...

ajiNoBN said...

kahk kahk kenapa dalam majlis berkahtan itu tak dibawa menteri Pertahan buat bunga ke apa ke? baru boleh challenge Bung Mokhtar..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam kak,

mjlis nak ramai kna ada artis, tu ja tarikan msyrakat utk mjlis UMNO ni...

shaniza said...

Salam..
Cuti sekolah la ni... depa tak dpt nk paksa budak sekolah atau budak u pi penuhkan program..
Teringat dulu2 masa di maktab...ada saja program sekitar KL tentu kena paksa pi ramai2.
Dulu,kini dan selamanya memang begitu perangai depa..

rosnanie said...

Sifir org UMNo memang lain dari kita, kalau dia kira ratus ribu, sebenarnya ratus2/ribu jer, kalau pihak pembangkang dia kira puluh ribu tu maknanya ada ratus ribu, hehehe... sifir songsang

Putra Al-Maliki said...

rasekan.. jangan carik pasal dengan rakyat.. rakyat sekarang bukan lagi jahil macam dulu2.. semua dah celik2 belaka.. =)

7 taman langit said...

salam sejahtera
blog walking lagi nich
cuma mo bilang
sukses selalu dan terus berkarya

Sekretariat Parlimen Kota Raja said...

Salam4all

ia tak ramai yg datang, moga kita tidak terlalu bersorak kegembiraan dengan situasi ini yg akhirnya merugikan diri sendiri. ini bukan majlis pertama anjuran UBN yg tidak mendpt sambutan .... sebelum ni pun ada banyak lagi.

Orang hadir sikit majlis 1 hal tapi dalam hal yang sebenar PAS/PR masih terkial-kial untuk memenangi hati pengundi Melayu bagi menyokong perjuangan kita. Tsunami 8 Mac tahun lalu tidak menunjukkan swing yg dahsyat walau pun ada dikalangan org Melayu berbanding non-muslim. Akhirnya Selangor yang kuat dikawasan Bandar juga tumpas semua dari Tanjung Karang keSabak Bernam.

Manakala kami di KR amat beruntung beruntung kerana majoriti yg banyak diperolehi itu datang dari 53% non-muslim yg menyokong perjuangan kita.

Di Bagan Datuh atau Sg Sumun atau dimana-mana pun kita kena buat homework adakah kes kehilangan engine jet F5E, GST, Indeks rasuah yg semakin menjunam, kenaikan harga barang dan BTN diambil kisah oleh org miskin dan susah dikampung kerana mereka ini adalah penyokong kuat UBN dari dulu kini dan selamanya.

Kalau mereka tak kisah ...kena banyak adakah majlis penerangan isu-isu semasa lah nampaknya.

Moga Anak Mualaf terus istiqamah dalam perjuangan ini. Sangat menarik kata-kata ini .....

LENGGONG, 24 Dis: Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menyeru muslimat semua peringkat di seluruh negeri menyiapkan jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa saja...... baca lagi dlm harakahdaily

Muslimat lagi ye ... muslimin buat apa? Teruskan dengan Daftar Pemilih Baru. Ini merupakan senjata paling ampuh dalam perjuangan untuk menumbangkan kerajaan UBN.