Monday, November 16, 2009

NEKAD TUAN GURU DEMI MARUAH..

Saya menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.Saya begitu yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri."Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS."Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang,"Ia bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.Saya yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan."Saya juga sekali lagi yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS,"Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah."Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah,"

4 comments:

zai said...

Salam Kak Leha,

Zai kagum dengan keperibadian Nik Aziz..begitu bersederhana dalam kehidupannya..Zai ttp menaruh harapan mudah2an satu hari nanti ISLAM benar2 tertegak dibumi Malaysia ini bagi menggantikan hukum manusia yg jelas gagal utk dibuktikan kejayaannya oleh pemimpin2 yg munafik...lihatlah disana sini maksiat bermaharajalela..inikah dinamakan sbg sebuah negara islam ?? Memalukan jer..

TRALAYAN said...

Walaupun TGNA dah membatalkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini, masih ada suara sumbang amno yang mempertikaikannya. Kalau sebelum ini mereka pertikaikan hasrat untuk pergi, kini mereka pertikaikan pula kenapa tak pergi, sedangkan wang itu halal dan sumbangan orang, harapan orang. Macam2 amno ni. Kalau dilayan, pening kita dibuatnya. Nyampah...

Ayid said...

Salam akak

Sebagaimana yang kita ketahui, al ulama warasatul ambiyak. Ianya tersebut dalam sepotong sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Ulama adalah pewaris-pewaris Nabi. Mereka mewarisi ilmu pengetahuan. Barangsiapa yang mendapatkannya, maka dia beruntung dan memperoleh sesuatu yang besar." (HR Abu Dawud dan lainnya dari Abud Darda' secara marju')

Kpd blogger UMNO yang menghina ulama saya pun tak faham

anak muallaf said...

Salam Ayid mereka tu ulam mamak