Monday, November 16, 2009

MAHKAMAH ISYTIHAR KOSONG DUN KOTA SEPUTIH

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Sementara itu, mahkamah menolak permohonan lisan pihak responden untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan Jumaat untuk mendengar permohonan formal untuk menangguhkan keputusan mahkamah.

7 comments:

Unknown said...

Salam

Nampaknya kecelaruan telah diperbetulkan oleh mahkamah. Di mana SPR nak letakkan muka?

TRALAYAN said...

Cabaran bagi Najib untuk mengekalkan kecemerlangan Bagan Pinang. Kota Seputeh akan menentukan samada amno benar2 telah diterima rakyat.

musdeng said...

Pelatihan Solat Mudah
Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad
Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

http://konsertopick.blogspot.com

anakmuaallaf said...

salam kembali bro din,
apapun kita kena tunggu sampai jumaat ni juga...

anakmuaallaf said...

Salam tralayan,
situasi kedudukan kerusi memang sama spt bgn pinang.Calon BN menang disini.
Tetapi yg bezanya Kedah ada 3P..Padi..PAS..Pondok.

Ayid said...

Moga Allah tak makbulkan permohonan UBN dan SPR untuk membuat rayuan Jumaat ini. SPR dah dapat penyakit Meroyan. Sepatutnya ADUN Siputeh yang kena meroyan. Tumpo UMNO di kota Siputeh

Ayid said...

Salam akak:

Sekarang ni bolehlah dia ponteng dan curi tulang selama mana dia mahu inilah sikap wakil rakyat Umno/Bn. Bagi mereka, rakyat lah hambanya bukan dia hamba rakyat senang-senang guna wang rakyat tapi kerja malas.