Friday, November 13, 2009

TEMBOK DAH RUNTUH TAK LAMBAT LAGI KERAJAAN KUDETA PULA RUNTUH

Bangunan SUK Perak Runtuh????!!!!


Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam tadi menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.

Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.

Bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan DUN Perak itu dirasmikan pada 2000. BERNAMA

Inilah tandanya bukan sahaja Rakyat Perak x gemo dengan Kerajaan KUDETA perak sekarang ini bahkan bangunan SUK pun tak sio....

*Tak Sio = Tak suka

Ini juga petanda bahawa bangunan SUK Perak akan dibersihkan dari saki baki kejahatan / penindasan tetapi akan digantikan dengan kebaikan dan keadilan...
Dewan Pemuda PAS Kota Raja

5 comments:

Ayiem said...

InsyaALlah,yang hak akan tetap hak...

Ayid said...

Harapkan durian runtuh, rupa nya pakar pemisahan PR dan UMNO yang runtuh. UMNO perlu ingat tembok cina pun runtuh

Muallim Adham said...

salam..
berat nannang heh heh... tunggu dan lihat la

Anonymous said...

http://orangmuo.blogspot.com/

BUJANG SUSAH said...

huh...nasib baik istana x runtuh sekali..