KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR Jumaat ini.
"Penasihat undang-undang SPR berkata mahkamah akan mendengar permohonan kita untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan terbabit Jumaat ini.
"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan," katanya ketika dihubungi petang tadi.
Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata berikutan keputusan mahkamah itu, penyandang kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif, tidak boleh menghadiri sidang DUN yang bermula esok sehingga mahkamah memutuskan rayuan.
Tuesday, November 17, 2009
MUNGKINKAH PERAK KE 2 BERLAKU DI KOTA SEPUTEH
Memang pelik dengan SPR ni.Kenapa SPR yang galak sangat nak mohon penangguhan.Kerja kamu laksanakan urusan pilihanraya bila wujudnya kekosongan kerusi DUN atau Parlimen.Tak kiralah mati atau letak jawatan.
Orang kampung pun boleh faham... tak kan hangpa yang mengaji 3 , 4 lapeh universiti tak gheti.Kerani sekolah pi buat kerja gurubesaq tak pelik ka??????????
Mahkamah dah buat keputusan kosong kerusi DUN Kota Seputih sepatutnya hangpa isytihar la PRK.Tiba-tiba hangpa nak gatai minta tangguh pasai apa??????
Penyakit Perak dah berjangkit pi Kedah pulak dah...
Kami bukan kemaruk pilihanraya kecil tapi jika ada.. kami berentap juga...Rakyat suka PRK sebab macam-macam dapat...
Tar sampai depan tangga..sapa tak mau..Gula,beras,kopi sebulan tak payah beli..tak mau rugi la..bila pangkah dapat duit lagi..Bila lagi nak perabih duit gomen..orang bagi..kami sesah la..hangpa bukan tau kami pangkah apa..Jika Bn kalah tak kan depa nak pi cangkui balik tar yang depa dah bubuh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tapi penggal nih mmg catat sejarah lar bukan main banyak pilihanraya kecil
Salam Lina,
Raya antara Pilihan raya..Selamat menjalani ibadah Qurban
SPR ni memang hanjing kak...
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)
Post a Comment