Tuesday, November 17, 2009

BERBANGGALAH ZAMBRY MB KUDETA

Apa ni kilang roti canai ka?Stall teh tarik ke?

Dah nampak belangnya Zambry baru tak sampai setahun jagung memerintah..

Belakang kilang ni perkampungan orang melayu beragama Islam.

Mana pemuda UMNO tak nak bawa kepala naga tunjuk perasaan macam di Shah Alam bawa kepala lembu..

Yberlobi Hamidah pejam mata saja tengok benda alah ni...atau terbeliak biji mata sebab dah buat pembangunan di Gunung Rapat.

Sedangkan Allah terang-terangan dalam firmannya " Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan
menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )dari melakukan perbuatan itu)"
(surah al-Maidah ayat 90-91)

Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan
beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya."
(surah al-Baqarah ayat 219)
IPOH 17 NOV Jika dahulunya dibongkar mengenai penjualan arak yang berleluasa di kawasan majoriti Melayu di Medan Gopeng, Sg Rapat, kini penduduk berdekatan digemparkan sekali lagi dengan masalah yang lebih besar.

Sebuah bangunan baru yang dibina beberapa bulan lalu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan iaitu jalan yang menuju ke Kg Sg Rapat dan juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kini akan dibuka sebagai Pejabat Pemasaran Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor.

Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.

Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar.

Semoga pejabat pemasaran arak ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya Melayu beragama Islam.

Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak segera dan lebih peka kepada sensitiviti umat Islam yang berhampiran.

gambar copy dari ajijoi

No comments: