Saya Tampil Untuk Membersihkan Nama Saya..!
- "Saya adalah seorang bapa kepada anak-anak saya... seorang suami kepada isteri saya dan seorang anak kepada ibu-bapa saya dan hasil dari tuduhan tersebut, mereka-mereka ini menanggung malu... saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku terhadap diri saya dan keluarga saya, saya masih menghormati diri saya sendiri dan juga mereka-mereka yang mendampingi saya dan oleh kerana itulah saya tampil hari ini untuk membersihkan kembali nama saya yang telah dicemarkan oleh mereka-mereka yang gila pada kuasa, dan juga miskin politik..!"
- "Saya terpaksa tampil dipentas ini kerana hanya disinilah saya diberi ruang untuk membersihkan nama saya dari hinaan dan cercaan pihak-pihak yang berkenaan."
Apa yang menyedihkan beliau ialah, kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh beliau seorang sahaja tetapi mengapa bekas rakan kongsinya dan juga sahabatnya menuduh kononnya hanya beliau yang bertanggung jawab sepenuhnya keatas kesalahan tersebut.
- "Saya tidak menyatakan bahawa saya tidak bersalah dalam kes tersebut tetapi apa sebenarnya yang berlaku ialah, perkara tersebut berlaku setelah mereka kami (Yusri dan Rohaizat) berbincang bersama. perkara ini berada didalam pengetahuan Rohaizat dan Rohaizat berbohong dengan mengatakan bahawa beliau tidak tahu berkenaan dengan hal ini..!" tegasnya...
nak komen sikit-B-end kata ini calon terbaik depa.Piirahhh...Sebab tu ramai penyokong UMNO tempatan tak buat kerja.Pasai depa dah tau sapa Rohaizat ni..Zahid yang tak tau sapa Rohaizat...Dah orang tempatan tak mau buat kerja tu pasai dia import askar buat kerja untuk UMNO.SPRM nak tanya sikit..Kalau macam ni tak salah guna kuasa ka???????
No comments:
Post a Comment