Friday, August 21, 2009

ISU YANG JELAS PAGI INI

B-END NAK BUAT ISU MAKAN DIRI
Ringkasan PC pagi ini di Bilik Gerakan PAS untuk Media & Bloggers jam 11 pagi tadi. Kehadiran terbaik pagi ini ialah dengan munculnya Tokoh Sasterawan Negara, A. Samad penuh bergaya, memberi sokongan kepada calon PAS/Pakatan Rakyat di Bilik Gerakan Induk.


Semalam,Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Zahid Hamidi yang me'respon' berkaitan isu kor perubatan tentera di'umno'kan di N11. Katanya program 'jiwa murni' itu bukan bertujuan politik. Hangpa boleh yakin kaa dengan kata-kata berbelit Zahid ini ? Sedangkan beliau telah menempatkan Kor Perubatan Tentera dalam 'bangsal' Umno di depan masjid Permatang Pasir. Adeh..gula-gula manis lagi beb dihambur untuk hari terakhir sebelum puasa esok.

Satu perkara lagi, adakah Zahid mahu terus berbohong dan mengkhianati amanah rakyat, setelah rakyat dibohongi dan dikhianati oleh calon Umno Rohaizat di N11 ? Malah yang jelas mengatakan Rohaizat itu meng'kambing hitam'kan sahabatnya jelas adalah rakan karibnya sendiri, saudara Yusri. Itu apa cerita ? Mulai kelmarin, saudara Yusri telah mula berkempen membersihkan fitnah keatas dirinya bukan sahaja di pentas yg berkecuali, malah mulai malam ini beliau (Yusri) mula secara langsung berkempen untuk membersihkan fitnah atas dirinya dimana-mana pentas yg boleh diberikan. InsyaAllah.

RM600 ribu ? eh..RM60 ribu ? eh..berapa banyak eh daa Umngok nak bohong ni beb ! Strategi Umno mahu menyamakan calon PAS/Pakatan Rakyat 2x5 dengan calon mereka ? Lembu kena sembelih, Pemuda Umno dapat nama..mangkaq !! Hello..yang jelasnya, calon mereka Rohaizat yang sah pecah amanah dan tidak bermoral. Boleh percaya ker PAS ada dana yang begitu besar sehingga RM600 ribu tu ?

(*) Update jam 11.50am untuk albanjari Online

No comments: