Sunday, June 16, 2013

CINTA DAN SAYANG ULAMAK

Aku sudah letih menangis kerana mengenangkan keperitan perjuangan para ulamak . Di setiap kali aku mengenangkan keperitan para pewaris rasul ini , maka aku akan terkenang akan lebihnya lagi keperitan yang diterima oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda a.'anhum. 

Maka tidak semena-mena keperitan dan tangisan aku semakin bertambah-tambah mengenangkan jerih payah mereka untuk memahamkan aku hari ini dengan Islam , keperitan mereka memperjuangkan hak aku dan saudara2ku , siang malam mereka mendoakan kebaikan untuk kami semua... 

Namun aku buat masa ini masih tidak kuat untuk menerima sahabat-sahabatku yang mula hanyut dalam mimpi falsafah semata semborono ghairah menegur kepimpinan ulama sehingga lupa menegur diri sendiri.

Aku sudah penat mengalirkan air mata walau aku tau ianya berpahala jika benar aku jujur kerana kasih sayang aku kepada mereka keranaNya ... sedang aku tidak bisa menahan sakit dada kerana aku bukan biasa menangis untuk kepayahan diriku dalam menghadapi ujian dunia ... malah aku lebih sakit kerana aku tidak punya pengetahuan untuk membetulkan mereka ..

aku serahkan mereka kepadaMU ya Allaah .. aku mahu kembali ' ke sana ' bersama pencinta sejati mereka kerana mencintai RasulMU , ya Allaah sampaikanlah aku ke sana . Sesungguhnya ENgkau lebih mengetahui apa yang baik untuk diriku , aku redha jika di sini bukan lagi tempat untuk ku 

1 comment:

Na'im Nikmat said...

Sabarlah Kak kita serahkan kpd Allah SWT