Friday, June 15, 2012

PERGINYA MURABBI TARBIYAH PAS....AL USTAZ YAHYA OSMAN




Semoga Allah merahmati Ustaz Yahya rahimahullah

Khabar yang sedih berikutan kembalinya ke rahmatullah Al-Fadhil Usatz Dato' Yahya Othman Al-Haj pada petang tadi. Al-fadhil merupakan murabbi dan perancang tarbiyah Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pemergian kekal abadi semoga Allah merahmati dan mengurniakan tempat yang selayaknya sebagai ahli jannah.

Tuan Guru Presiden telah menyampaikan ucapan perutusan khas atas pemergian Ustaz Yahya:
"Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya di atas pemergian tersebut.

Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut."


Harakahdaily turut melaporkan awal malam tadi berita pemergian tokoh gerakan Islam yang banyak berjasa dalam tarbiyah PAS dan perkembangan pendidikan Islam di Kelantan seawal PAS mentadbir Kelantan 1970-an menerusi Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri. Kemudian meneruskan sumbangan menerusi penubuhan Institut An-Nur selepas PAS tidak lagi mentadbir Kelantan tahun 1980-an. Kembali menyumbang kepada penubuhan Maahad Dakwah wal-Imamah seawal PAS mentadbir semula Kelantan tahun 1990. Ketika itu Ustaz Yahya adalah Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Dakwah. Maahad Dakwah itu kemudiannya dikembangkan kepada penubuhan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Demikian sedikit coretan jasa besar Ustaz Yahya yang pastinya meninta sejarah kepada perjuangan Islam di Kelantan.

1 comment:

Admin said...

al fatihah..