Thursday, June 21, 2012
HAJARUL ASWAD misteri BATU HITAM
Misteri HAJARUL ASWAD.. Misteri BATU HITAM...
Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam".
(Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sepatutnya admin kena kaji lebih lagi tentang kenyataan Neil Amstrong.Neil Amstrong sendiri tidak pernah menyata demikian dan kenyataan ini hanyalah omong kosong. Betapa barat mentertawakan semua ini kerana kebodohan dunia Islam untuk mempercayai sesuatu itu tanpa fakta dan bukti. dulu lagi heboh menyatakan Neil Amstrong telah memeluk Islam kerana kesaksiannya tentang ini dan ada yang menyatakan beliau mendengar Azan di bulan dan melihat kesan retakan seperti yang tertulis dalam Quran. Ternyata semua ini omong kosong. Neil Amstrong sendiri merasa terganggu dan ia menyatakan dia tidak masuk Islam dan ketika diundang sebagai pembicara dalam Islam dia juga menolaknya secara halus kerana tidak ingin menyinggung perasaan umat Islam. Admin kena kaji dulu fakta2 tentang Neil Amstrong sewaktu menjejak bulan dulu dan apa yang beliau lakukan dan apa yang beliau lihat sebenarnya. Renung2kanlah.
SUBHANALLAH! Tengok Halaqah dulu dah tahu. Tapi bila baca semula... masih rasa terkesima. Terimas kasih untuk entry ni! ;D
Post a Comment