Saturday, October 29, 2011

PARTI ISLAM MENANG DI TUNISIA


Parti Islam menang di Tunisia!!
Insyallah Di Malaysia Juga!!!

TUNIS 28 Okt. - Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara ini, semalam dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat.

Menurut saksi dan Kementerian Dalam Negeri, protes hebat berlaku di tengah bandar Sidi Bouzid, tempat di mana pemberontakan bermula pada Disember lalu, selepas keputusan sementara pilihan raya diumumkan.

Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan, kata ketua pilihan raya, Kamel Jendoubi.

Kamel juga mengumumkan pembatalan enam calon daripada parti Petisyen Untuk Keamanan Dan Pembangunan kerana 'penyelewengan wang'.

Parti itu itu dipimpin tokoh korporat Tunisia, Hechmi Haamdi, yang bertapak di London dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ben Ali, mendapat tempat keempat dengan memenangi 19 kerusi.

Hechmi, bagaimanapun menarik balik pencalonannya dari Dewan Perhimpunan itu walaupun selepas pengumuman keputusan piihan raya itu dibuat.

Hechmi yang berkempen dari London menggunakan stesen televisyen satelitnya, Al-Mustakilla berkata, beliau risau penyokongnya akan menunjukkan kemarahan mereka selepas Ennahda menolak untuk menyertakan partinya dalam perbincangan membentuk kerajaan baru.

Saksi berkata, lebih 2,000 orang penyokong Hechmi berarak ke ibu pejabat Ennahda di Sidi Bouzid dan membaling batu ke arah pasukan keselamatan ketika keputusan pilihan raya itu diumumkan. - AFP

Takbirr... AllahuAkbar!!

No comments: