Friday, June 24, 2011

JOM SNAP DUIT : BERSIH 0.2 TAWARKAN HADIAH LUMAYAN GAMBAR PROVOKASI TERBAIK....

 
Pihak penganjur BERSIH 2.0 menawarkan hadiah lumayan bagi setiap peserta yang berjaya menangkap dan merakamkan gambar provokasi terbaik.
Laporan ini disahkan melalui Sidang Akhbar Harakah bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau mendakwa ini merupakan salah satu tawaran bagi membangkitkan semangat masyarakat untuk hadir di samping berjuang menentang ketidakadilan sistem pilihanraya sedia ada di Negara ini.

"Aksi-aksi yang dirakam itu pula tentunya pelbagai. Ada yang menarik, agak menarik, kurang menarik dan tidak menarik. Jadi untuk membolehkan kita mendapatkan rakaman insiden-insiden provokasi yang menarik, PAS akan menyediakan hadiah lumayan bagi mereka yang berjaya merakam gambar terbaik."

Selain itu, Tuan Ibrahim juga menasihatkan kepada kesemua Ahli PAS agar tidak gentar dan takut untuk menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 kerana perhimpunan tersebut atas tujuan murni demi keadilan rakyat.
Oleh itu katanya, perhimpunan tersebut tetap akan diteruskan walaupun tidak mendapat permit dari pihak polis yang membuktikan ketidaktelusan badan tersebut menafikan hak rakyat.
Sebelum ini, beberapa Pemimpin BN melarang orang ramai menyertai Perhimpunan tersebut kerana ianya bukan sekadar mencalar imej Negara akan tetapi akan turut mencederakan orang awam.  

1 comment:

Benrauf said...

Semoga berjaya Bersih 2.0