Thursday, June 23, 2011

AWAS DENGAN BLOG PENYANGAK!!!

INI BUKAN BLOG YAYASAN AMAL MALAYSIA

Salam,

- Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri-negeri
- Ahli-ahli Yayasan Amal Malaysia
- Rakan-rakan NGO
- Rakan-rakan Facebook

Dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia telah menerima panggilan dari pegawai Suruhanjaya Komunikasi berhubung wujud sebuah blog yang diberi nama YAYASAN MALAYSIA  alamat blognyawww.yayasanmalaysia.blogspot.com  (seperti gambar diatas) oleh individu yang tidak diketahui.

Pihak kami telah melayari blog tersebut dan mendapati kandungannya merupakan satu iklan jawatan kosong yang ditawarkan kepada orang ramai. Untuk memohon jawatan tersebut, orang ramai dikehendaki memasukkan RM 10.00 kedalam salah satau akaun yang disediakan samada Maybank dan CIMB Bank.

Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Amal Malaysia ingin mengisytiharkan bahawa blog tersebut tidak kaitan dengan Yayasan Amal Malaysia dan kami menasihatkan orang ramai jangan terpedaya dengan iklan tersebut yang mana kami dapati ada unsur penipuan.

Selain daripada itu, kami dapati blog tersebut telah menyiarkan gambar lawatan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah ke pejabat JAKIM Sabah. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pengerusi cawangan Sabah iaitu Tn. Hj. Khairan dan beliau memaklumkan telah membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi untuk menyiasat siapa individu yang menjadi dalang blog tersebut.

Pihak Yayasan Amal Malaysia berasa terkilan diatas sikap individu yang mempergunakan nama yayasan ini bagi tujuan mengaut keuntungan dengan jalan penipuan. Kami berharap orang ramai dapat memberi kerjasama jika terdapat lagi unsur-unsur penipuan yang dilakukan dengan menggunakan nama Yayasan Amal Malaysia.


MOHD SHAHRAINI ABU SAHID @ MAN
Setiausaha Kerja
Yayasan Amal Malaysia

No comments: