Monday, May 9, 2011

INNALILLAHI...MUHASSABAH BALIK SUMBER WANG BUAT BANGLOW TENGKU ADNAN...

Peringatan Allah : Rumah Tengku Adnan terbakar teruk

Rumah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor rosak dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan alat pendingin hawa. Beliau berkata insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad di banglo empat tingkat miliknya yang terletak di Lorong 5, Taman Duta di sini.
“Saya sedang tidur sebelum anak saya Tengku Muhammad Hafis yang berusia 15 tahun kejutkan dari tidur, dia mengadu sebuah pendingin hawa di biliknya terbakar.
“Saya kemudiannya bergegas memeriksa biliknya yang terletak ditingkat empat. Saya cuba untuk memadam api namun ia merebak dengan begitu cepat dan akhirnya saya mengarahkan semua anggota keluarga untuk keluar dari rumah,” katanya sambil menyatakan beliau segera memaklumkan kebakaran berkenaan kepada pihak bomba.


Unit pemadam kebakaran pertama tiba di lokasi pada pukul 6.05 pagi.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tingkat empat banglonya itu musnah teruk serta beberapa bahagian lain juga rosak.
“Syukur, kesemua 16 orang penghuni rumah ini terselamat,” katnya sambil menambah bahawa beliau tidak pasti jumlah kerosakan sebenar akbiat insiden itu

7 comments:

ISA said...

Salam kak;

Apasal tak musnah keseluruhannya..., ntah berapa banyak cash yang terbakar dalam rumah tu yeaaa... hehehe...

Anonymous said...

aku tgok anakmuaallaf suka benor cari kesalahan org lain. Cuba fikirkn bg pihak keluarga mangsa yg malang, (da la rumah terbakar kena kutuk lagi) dan macam mana kalau bala kena kita lain kali maksudnya kt pon mkn duit haram la.....

Anonymous said...

kenapa tak biarkan je semuanya hangus, tengku konon, piiiiirah tengku, keturunan raja mana malaon ni? berapa juta wang tunai ada kat atas siling rumah?

Unknown said...

Assalamualaikum Sdri

Benar, carilah apa yang tidak kena dengan kehendak Alllah dan Agama

anakmuaallaf said...

Innalillahi..Dengan kejadian sedeih yang melanda sesama ISLAM kita juga kena muhassabah diri..Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.Seperti juga sakit..Allah uji kita dengan kesakitan sebab Allah nak ampunkan dosa kita.
Begitu juga dengan kebakaran..Ada hikmah disebalik kejadian..Saya tak bermaksud hendak "bertepuk tangan" dengan musibah yang melanda Tengku Adnan.Sebab itu saya kata kena muhassabah...

Anonymous said...

Anon 12:45.
Betullah kita harus simpati atas apa yg berlaku pd Beliau..
Seharusnya kejadian ini menjadi renungan juga kpd beliau supaya lbh menyantuni warga KL yg hidup susah supaya membuat pertimbangan kemanusiaan sebelum melaksanakan polisi mengusir peneroka Bandar yg hidup susah..
Kita juga menuntut simpati yg sama diberikan kpd Masyarakat yg hidup susah dan tersepit..Setiap kejadian yg berlaku memberi Hikmah dan terpulang kpd kamu utk menggali akan Hikmah itu..

Anonymous said...

ulamak peti undi yg sedang jadi MB kelantan tu selalu sakit jantong...korang tak kata pulak itu balasan tuhan.....