Tahniah kerajaan Malaysia kerana berjaya menaikkan harga gula.Takziah buat rakyat Malaysia kerana "terpaksa" membeli gula dengan harga baru. Kenaikkan harga minyak dan gula dalam jangka waktu yang sangat rapat memberi kesan buat rakyat.Kita melihat kenaikkan harga minyak baru-baru ini, kita faham hanya orang kaya sahaja yang berkereta menjalar yang menggunakan minyak mahal.~~Ini kata PM 1 Malaysia~~.Maknanya Malaysia mengujudkan sistem kasta.Orang kaya guna barang mahal.Orang miskin guna barang murah.Barang murah cepat rosak.Bila repair duit lagi dikeluarkan.Yang kaya terus kaya yang miskin terus "kayap".
Dalam konteks kenaikkan harga gula pula, kenapa tidak dibuat jurang harga juga.Gula untuk golongan kasta tinggi harganya lebih mahal.Bagi golongan marhaen harganya lebih murah? Sanggupkah kerajaan 1Malaysia berbuat demikian?
Kita tunggu Najib PM 1 Malaysia akan ke stesen radio mana pulak untuk bercakap hal gula naik harga.Apakah kali ini Najib akan bermain "dam aji" lagi..Menikam makan waktu rakyat lalai dan leka dengan buaian dan janji manis isu agama.Sentimen Kristian ganti Islam.Perlembagaan Malaysia masih relevan kenapa gusar dengan sentimen agama.
Berubahlah Rakyat Malaysia....Lihatlah dari sisi tingkap yang berlainan.Jangan setiap hari melihat dari tingkap yang sama...
No comments:
Post a Comment