Thursday, April 21, 2011

EMEL NILAI RM50JUTA SIAPA PUNYA??

TAHNIAH BUAT TRICUBES BHD $ KERAJAAN BN

Tricubes Berhad, syarikat yang merintis projek 1 Malaysia email memang bijak dan Kerajaan BN terus nampak kebaikan dan kelebihan projek ini dalam strategi mengekalkan kuasa dan memonopoli ICT kepada rakyat umumnya dan pengundi khususnya.

Hosting di USA (sila lihat di bawah) dan pelbagai maklumat peribadi bakal berada di hujung jari pihak swasta untuk digunakan sesuka hati. Kononnya pendapatan dihasilkan melalui penghantaran notis serta penyata dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Wang Simpanan Pekerja (EPF). Pendapatan ini "taik gigi" sahaja.

Pendapatan sebenar akan datang dari penjualan maklumat peribadi serta alamat email kepada pihak ketiga seperti syarikat kredit kad, pasaraya, gedung membeli belah serta syarikat pengiklanan.

Baru-baru ini satu SPAM telah dihantar melalui telefon bimbit kononnya di hantar oleh Celcom/ Telekom Malaysia Berhad kepada semua pelanggan mereka bagi mengucapkan selamat tahun baru yang diucapkan oleh seorang individu bernama NAJIB RAZAK.

No comments: