Melihat kepada sindrom lompat dan hina atau dengan bahasa yang lebih mudah "tikam belakang" lepas lompat. PR kena ambil ikhtibar agar perkara ini tidak berlaku lagi dalam saf pimpinan PR. Bagi seorang ketua yang naik yang melalui proses petugas parti, mereka lebih setia dengan parti itu.
Pernahkah Zul turun padang sama-sama bersusah payah pacak bendera panjat pokok untuk gantung bendera.Masuk kampung keluar kampung merayu undi? Zul naik selepas beliau menjadi lawyer DSAI. Beliau juga masuk guna lif tanpa panjat anak tangga berpeluh-peluh kerana beliau tidak bermula dari anak tangga pertama..
Begitu juga dengan pimpinan PR yang lain. Tiba-tiba sahaja namanya terus dijulang. Hinggakan ada pimpinan yang jumpa petugas pun tidak pernah ucap terima kasih. Mereka masih terbawa-bawa dengan sikap dan perangai "I'm The Boss".
Pemimpin yang naik menggunakan lif sudah pasti jatuhnya juga terhempap menjunam kebawah.Lihatlah Zaid Ibrahim...
1 comment:
Banyak yang berlaku dalam PKR.Ahli PKR kurang tarbiah jika di bandingkan dengan ahli PAS.Kebanyakan pemimpin yang lepas adalah bidan terjun.Harap-harap lepas ini tidak berlaku lagi.Ipoh DAS.
Post a Comment