Friday, March 18, 2011

KESAN RADIOAKTIF


Dahulu subjek fizik adalah subjek yang penulis menyampah sangat sebab mengkaji benda yang tidak nampak seperti atom, zarah dll. Bila berlaku musibah kebocoran radioaktif mula minat semula hendak tahu segalanya pasal radioaktif ini. Negara Jepun bukanlah kali pertama menghadapi situasi begini. Tapi kali ini adalah yang paling teruk. Sejarah hitam yang lepas selepas kena ledakan bom atom semasa perang dunia kedua, ada lagi selepas itu kes kebocoran keatas beberapa pekan dan pulau akibat kecuaian manusia.

Sejarah Hitam

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan. Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini. Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka. Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan. Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

LOGO

LOGO bentuk bilah kipas berlatar belakang warna kuning dan gambar api yang tertera pada belakang lori membawa muatan bahan kimia cecair memberi amaran kepada kita bahawa ia adalah bahan berbahaya. Setiap kali ternampak objek ini, terlintas di fikiran kemungkinan berlaku letupan dahsyat sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan.

KESAN RADIOAKTIF KEATAS MANUSIA

Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi ion.Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan atom lain di dalam sel untuk menghasilkan kerosakan.

Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan sehingga menyebabkan sel-sel mati atau tak normal.

Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain. Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif ialah risiko untuk mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.

Organ

Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai penyakit sinaran radioaktif.

Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman adalah seperti loya, muntah dan lemah anggota badan yang terhasill akibat saluran pemakanan tidak dapat berfungsi untuk menyerap sumber pemakanan.

Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan badan yang menentang jangkitan akan terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan kuman.

Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun.

Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di sekeliling kita.

Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan C danH di dalam atmosfera oleh sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang terdapat di dalam bumi (seperti uranium, thorium dan radon).

Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan yang diterima oleh manusia.

Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran radioaktif.

Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif yang tinggi ialah leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.

Dedahan

Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko kemunculan penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama.

Selain daripada leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila kanak-kanak terdedah kepada sinaran radioaktif yang tinggi.

Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi kencing, tulang dan kulit.

Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar ini tidak dapat dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan meningkatkan sinaran latar ini seperti ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear perlu diharamkan.


Bayi cacat akibat ibu mengandung  terkena pancaran radioaktif 






Mungkin penduduk Tokyo akan jadi zombi seperti dalam cereka filem bukan macam zombi kampong pisang??


 http://www.resepirahsiaku.com

No comments: