Tiada apa yang sensasi atau perlu disensasikan dalam pemilihan PAS di Muktamar akan datang.
Semua ahli layak bertanding selagi mana sesorang itu mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan PAS dan meraih undi yang banyak yakni mendapat undi majoriti dari perwakilan maka ia akan dinobatkan sebagai pucuk pimpinan.
Perwakilan sudah tahu yang mana intan, yang mana kaca......yang mana jantan, yang mana betina......yang mana berjuang semata-mata kerana hendakkan jawatan, yang mana berjuang kerana Agama.
Nama-nama kumpulan seperti kumpulan Erdogan, Kumpulan Kerajaan Perpaduan......kumpulan itu, kumpulan ini.....adalah ciptaan mereka yang cuba mensensaikan pemilihan itu sendiri. Tujuan mereka tidak lain tidak bukan adalah cubaan untuk menjatuhkan sesorang pemimpin PAS......bertujuan untuk memecahbelahkan PAS......bertujuan untuk mendapat publisiti murahan.
Tidak hairan jika selepas ini berbagai-bagai fitnah, caci maki dari golongan yang kononnya penyokong/pendokong tegar PAS akan dihamburkan samada dari tulisan yang 'lunak' atau membuat desas-desus untuk menjatuh atau menaikkan seseorang pemimpin.
Sejarah telah buktikan PAS tetap mantap ukhwahnya walaupun pemimpin datang dan pergi. Ada pemimpin yang pergi meninggalkan PAS kerana terpikat dengan habuan dunia yang tidak setimpal mana dengan perjuangannya selama ini.
AMBIL DISINI
No comments:
Post a Comment