Tuesday, January 11, 2011

BAWANG PULAK NAIK MELAMBUNG..

Harga Bawang Naik Melambung, Minyak Masak Kering Di Pasaran

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.



Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai runcit, pasar raya dan pasar basah di seluruh negara semalam mendapati pengguna turut menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak tetapi bahan itu tidak mengalami kenaikan harga.

Di 
SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.

Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

Di 
KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

Di 
PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

Di 
ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.
Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

Di 
JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

Di 
KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

Di 
SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Di 
MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

Di 
KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

Di 
KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

Di 
KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.

No comments: