Dalam operasi kali ini, wakil muslimat yang telah turun padang terdiri dari Pn Faridah, Pn Hjh Halimah dan Cik Nisa' serta saya sendiri.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh kaum cina disana cukup memuaskan.Kami telah buktikan kepada masyarakat setempat yang Pakatan Rakyat punya sistem kerja yang sangat erat.Saling hormat menghormati.Tamat sessi ziarah jam 1tgh kami bertandang kerumah abang YDP Bgn Datoh Us Misbah majlis walimatul urus anak buahnya.
Semasa saya beriringan masuk bersama YB Lim Pek Har saya terdengar bisikkan keterujaan masyarakat, apabila melihat orang cina datang kemajlis walimah.

Minum pagi di kedai Pn Habibah.

Inilah masalah pertama yang kami jumpa.Tuan kedai ini memberitahu lorong sempit ini tidak boleh dimasuki lori pembekal.Bila musim hujan banjir disini.Beliau sendiri terpaksa menggali parit kecil sendiri.

Sudah 3 bulan projek ini tersadai disini..

Gelanggang bola keranjang yang sudah usang..BN tak nak repair ke...

Pagar kunci air yang sudah reput.Sudah banyak kali dimaklumkan kepada ADUN Rungkup tapi masih macam itu juga...En Lim sedang menunjukkan pepagar yang sudah putus.

Hakisan di hadapan rumah penduduk..

Lihatlah ! Lama kelamaan jalan ini akan terputus akibat hakisan...

Muslimat menyantuni masyarakat cina bersama YB Lim Pek Har dan rombongan...

Seiring melangkah menuju ke Putrajaya..Kata S/U PAS Kws Bagan Datoh...
No comments:
Post a Comment