Saturday, November 27, 2010

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.


Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.

Sebarluaskan banner di bawah:

Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

36 comments:

~ainun~ said...

~share di FB...

Anonymous said...

mohon share~~~

Haruno Hana 하나 said...

nak share kt fb juga
tp ada yg hana curious, kiranya kita mmg xleh pin dkat blakang tudungla?
biarkan je lepas camtu?

msaskg said...

mohon share d fb :)

Anonymous said...

mintak share yee..

Anonymous said...

hana, pndgn saya...begini.
pin di belakang, akan kelihatan sebijik mcm nun ( biarawati) tu..
sebb tu tak ble..
kerna, jika kita menyerupai sesuatu kaum, kita akn tergolong dlm kaum tersebut..
dan jika diperhatikan juga.. jika kita pin kat belakang mcm tu..batang leher dan raut telinga akan kelihatan. kan? situasi ini sama lah mcm pakai suar ketat..

Perkongsian minda said...

Assalamualaikum,

Terima kasih atas perkongsian ini. Mohon izin untuk dikongsikan dlm FB

Perkongsian minda said...

Assalamualaikum,

Terima kasih atas perkongsian ini...
Minta izin share dlm FB ye...

pelangipurple said...

mohon share di FB

Anonymous said...

terima kasih atas peringatan ini..
semoga ianya tersebar buat seluruh muslimah di dunia ini dan dijadikan panduan dan tauladan untuk kita semua..amin..Semoga Allah memberkatinya~

Saayah said...

mohon share d fb, tq

nor amziela said...

sy da insaf..xmau pkai pin kt blkg leher lg..

nur islam said...

m0hon untuk share di FB~

saya-nak-tahu said...

sy ada soalan...
mcm mana kalau kte pin kat blakang just nk bg kemas tanpa menampakkan btg leher dan telinga.. maksudnya, jgn la pin ketat2... bole ke mcm tu?

Anonymous said...

Salam. selain drp pki tudung pin kt blkg mcm tu, skrg nih makin ramai wanita suka ikat rambut/sanggul tinggi nmpk mcm bonggol unta di kepala. mcm nk tunjuk ke seme org yg rambut diorg sgt pjg tanpa menunjukkan secara zahir. hemss..

Anonymous said...

salam..correction--

mungkin ramai yg salah faham..siapa yg kurang faham,eloklah bertanya kepada ustaz / ustazah/pakar yg belajar tentang religions (agama &jenis2 agama)..bukan ustaz/ustazah yg belajar tentang tajwid ke,ekonomi ke,n etc.sbb setiap ustz/ustzh ada bidang yg menjadi kepakaran mereka.salah jumpa doktor pakar,kan dah salah mkn "ubat".. Kan kan?

jadi,sekadar berkongsi ilmu dari lecturer saya di uia,semasa kami belajar subject Methods of Dakwah.( madam Saodah Abdul Rahman) .=).beliau ialah antara lecturer yg selalu hadir conference (persidangan) bersama ketua2 agama di seluruh dunia dan beliau biasa masuk ke dalam church (pelbagai jenis church) n etc.

ok,..mana ada islam yg menyerupai sister di church ni..xde langsung..sbnarnya mereka yg ikut islam. Mereka yang mengamalkan perkara2 baik dari ajaran Islam. dan yg tepatnya,mereka ini ialah golongan yg ikut ajaran kitab injil yg asal dari segi pakaian.(dari segi akidah mereka tak nak ikut).ok,sebelum islam datang,ajaran yg dibawa oleh nabi terdahulu adalah mengikut kitab taurat,injil dan zabur kan? ha..org kristian skrg ni ikut ajaran injil yg dah ditokok tambah.so,ade part yg dia ikut injil yg asal,ade part yg die ikut injil yg dah ditokok tmbh.

justeru itu, masih ada org kristian yg amalkan ajaran injil yg asal..(selalunya paderi/sister/yg berjawatan) mereka ni dikenali sbg kristian ortodoks.mereka ni ialah golongan yg mengikut ajaran yg benar (agama Allah sebelum kedatangan islam).jadi,pakaian dan akhlak mereka adalah yang baik2..(pakaian yg baik -menutup aurat- dan akhlak yg baik -jujur,ikhlas,pemaaf dan sbgnya. )

jadi,pakaian jubah,tudung,(mcm tudung trend skrg ni) tu smua pakaian yg baik2..menutup aurat..tak ada isu islam menyerupai sister di church.

cuma,setelah kedatangan Islam,ajaran yg dibawa oleh nabi sebelum Muhammad serta kitab sebelum Al-quran,semuanya telah diMANSUHKAN.akidah mereka tidak diterima kerana Allah telah menyuruh kita semua mengikut ajaran Nabi Muhammad which is Islam dan mengikut kitab yg dibawanya which is Al-Quran.

jadi,harap jgn keliru ye.. yg salah pasal tudung ialah tidak menutup auratnya..mksudnya kain tudung yg singkat dan sbgnya.Banyak lagi pakaian kita yang sama seperti jubah,kopiah,ihram (sami budha kan pakai mcm ihram,color je lain) dan ada byk lagi contoh yang lain.

maaf sekiranya ada yg tidak bersetuju.saya cuma berkongsi ilmu dari apa yg saya pelajari.kepada yg lebih arif,mohon rujukan kepada yang lebih arif..wallualam (^,^)

Anonymous said...

Macam ni jubah pun tak boleh pakai sebab paderi pun pakai jubah yg ala2 org islam pakai

Anonymous said...

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"

Oleh itu, tak boleh pakai tudung cara nuns? Sungguh longgar dan kurang pemahaman lah interpretasi ini. Saya takkan sharekan kat mana2 sbb saya tak mau sebarkan perkara2 yang kurang intelektual macam ni.

annessa said...

mohon share di FB. terima kasih..

pakzue said...

mohon share di blog sy

pakzue said...

mohon share di blog sy

pakzue said...

mohon share di bloh sy

pakzue said...

mohon share di blog sy

Edmire said...

mohon share d fb..

nawal said...

ramai dah yang buat dosa kering tanpa perasannya......hope ramai yang akan sedar......

nawal said...

ramai yang dah buat dosa kering tapi tak pernah nak sedarnya....so.....hope korang faham sekarang....sama-sama kita jaga nya

Diela McAsance said...

assalamualaikum..
budak2 sekolah selalu pkai tudung cmni..
aku selalu jmpa dkat sekolah..pelik betol rupa diorang biler pkai tudung cmtu..mohon share~:)

Diela McAsance said...

assalamualaikum..
budak2 sekolah selalu pkai tudung cmni..
aku selalu jmpa dkat sekolah..pelik betol rupa diorang biler pkai tudung cmtu..

deqdeq said...

siapa cik anonymous nih...kenapa tak letak link supaya boleh org merujuk pada anda...

jadi nmpaknya kenalah kita merujuk pada yg lebih berilmu psl topik nih..

cuma nak tau, pihak admin blog ni dpt rujukan dari mana plak?

iza said...

pd pendapat saya, pki tudung adalah utk menutup leher kita dan seluruh dada.x kisah lah menerupai birawati atau x, tp pemakaian tudung pin di belakang ni kan menampakkan bentuk leher dan telinga jika ketat.jadi mana fungsi tudung tersebut? biarkan tudung itu dilabuhkan.

Renungkanlah hadith-hadith dan firman dibawah:

“…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” [ an-Nur:31]

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223

Puteri Zaza said...

mohon share yer

Fikrin Lya Norman said...

Hebat gilak... Orang noksuka berfashion kedak ya...... :)

hatijerneh said...

salam .. ada pandangan yg baik dan ada pula yg main ikut2 perasaan shj.. apa-apapun baguslah kerana mengambil berat pasal pemakaian Islam.. yg penting menutup aurat... ketat dileher masih ok berbanding ketat didada atau dipunggung... kebanyakan yg pakai pin dileher utk kemaskan pemakaian asal jgn tersingkap dibahagian dada sudahlah. Bagaimanapun baik dirujuk pada Ustaz & Ustazah yg tidak jumud.. yg akan berhukum menggunakan usul fikh bukan mata semata2.

Kalau pakai tudung berpin dianggap sama segolongan dgn nun.. maka adakah boleh kita menganggap mereka yg tidak bertudung segolongan dgn perempuan kafir??? Hmm tentu ramai yg akan marah kan...

Anonymous said...

mitak izin untuk jadikan bahan risalah dakwah di skul..
syukran ya..

addora said...

salam semua...bg sy mudah saja.. perkara yg paling asas disini ialah hukum Allah ( tutup aurat ) masalahnya ialah kebanyakan muslimah kita sekarang ni terkeliru dgn istilah...bagi saya, kaedah bertudung yg d bahaskan disini ialah kaedah BUNGKUS AURAT...BUKAN TUTUP AURAT..ingat lah kita semua, Islam itu mudah tp jgn lah terlalu dipermudah-mudahkan...wallahualam

The Ewanz Crew said...

mintak share di fb yew... terima kasih..