Thursday, October 7, 2010

SEBELUM NAK KAYAKAN SIKAYA FIKIR DULU SIMISKIN ...MAMPUKAH ORANG GALAS BELI KERETA BARU ?? jom kempennn....

Khamis, 2010 Oktober 07 - Projek nak MAMPOSKAN RAKYAT...Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.  Dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lepas.

"Kami faham ia merupakan satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan".

Kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.  Sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan. "Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia".

"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggapkan sampah dan perlu dilupuskan. Kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.  Langkah itu, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan. Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau".

No comments: