Wednesday, October 20, 2010

Peristiwa Hartal - Satu Sejarah Yang Sengaja Disembunyikan ???

Saya terbaca artikel ini disini:http://klia-community.com/politics/peristiwa-hartal-satu-sejarah-yang-sengaja-disembunyikan/?sms_ss=facebook&at_xt=4cbe73c9cf979ea2,0
Tahukah anda tentang peristiwa Hartal? Terus terang saya katakan pertama kali saya mendengar tentang peristiwa hartal saya tertanya2 kenapa ianya tidak tercatit di dalam buku sejarah sama ada semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah ataupun diperingkat yg lebih tinggi lagi. Adakah para sejarahwan terlupa atau sengaja melupakan peristiwa penting ini agar generasi akan datang tidak mengetahui tentangnya.  Lips sealed Lips sealed Huh

Adalah amat mengecewakan jika peristiwa2 penting seperti ini desembunyikan hanya untuk kepentingan politik pihak2 tertentu. Sepatutnya sejarah negara adalah milik rakyat negara itu dan bukan hak milik orang2 yang tertentu sahaja.

Peristiwa Hartal telah diperjuangkan PUTERA-AMCJA dan disokong oleh hampir keseluruhan rakyat Malaya(sekarang Malaysia) bagi menuntut perlembagaan Malaysia sendiri dengan menolak sepenuhnya perlembagaan yang dicipta oleh British dan disokong oleh UMNO pada waktu itu. 

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peristiwa Hartal, sila saksikan filem dokumentari pendek bertajuk 10 Tahun Sebelum Merdeka oleh saudara Fahmi Reza yang juga telah berjaya memenangi anugerah Most Outstanding Human Rights Film di KOMAS' Freedom Film Festival 2007.

Part 1 - 4


10 Tahun Sebelum Merdeka (1 of 4)


10 Tahun Sebelum Merdeka (2 of 4)


10 Tahun Sebelum Merdeka (3 of 4)


10 Tahun Sebelum Merdeka (4 of 4)

No comments: