Saturday, October 16, 2010

DEMO BANTAH ROBOH SURAU .PASTI

500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti
Sofi Wahab   
BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak
 Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil
semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa
bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.
Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu
 mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan
 rakyat.
Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak
 Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk
 Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil
tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.
Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan
dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan
kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk
 tuan-tuan tanah yang terlibat.
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil
petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira
lima minit dimulakan.
Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas
alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.
Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani
 Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu
berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan
 surau tersebut.
"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan.

 Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.





















“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk  buat jalan mengapa
 tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai
tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.
Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan
politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan
tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah
hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh
 kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.
"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri,
bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"
 ujarnya.
Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong
San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun
Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

1 comment:

Unknown said...

Merekalah yg gah menyalak ttg perpaduan kaum..tapi hati busuk mengalahkan bangkai..
tak habih2 nak menindas bangsa sendiri..sedangkan masalah ladang haram ternakan babi kat melaka diam sepi seribu bahasa...
Sayang pihak pilis 'terpaksa' menjadi pak turut kepada pemegang cemeti yg tak sedar bahawa tak selamanya manusia ini menungkat langit..
sampai masa bila dah berhenti jadi orang....bolehkah selesaikan di alam barzah sana?